Edited :TIP MENGURUS URI BAYI BARU LAHIR



Gambar hiasan ihsan Mr Google


Tahniah kepada rakan2 yang bakal menimang cahaya mata pertama, kedua atau seterusnya... Anak adalah anugerah ALLAH yg terindah. Harta yg paling berharga:) Mendidik anak bermula dengan memilih calon suami/isteri yg baik akhlak dan agamanya.

Tahniah sekali lagi :-)



File:Cord & Placenta.jpg
Gambar ihsan Mr Google



Sebaik saja bayi anda dilahirkan, antara perkara pertama si ayah perlu uruskan ialah URI....Atau dalam bahasa sainsnya plasenta (kalo aku silap tolong betulkan ya...)


Di sini diturunkan tip2 menguruskan uri bayi yang baru lahir. Tip ini aku dapat dari ibu angkat aku. Suaminya bekas pensyarah kanan di Jabatan Al Quran dan Al Sunah (Fakulti Pengajian Islam) di UKM. Bapa angkat aku inilah yg menjadi sumber rujukan aku dalam bab2 agama neh.


TIP2  Menguruskan URI Langkah Demi Langkah... :)
  • Dengan lafaz BISMILLAH bilas uri dengan air suci lagi menyucikan iaitu air paip/air sungai yg mengalir atau yg sewaktu dengannya sehingga tiada lagi darah mengalir dari uri tersebut.
  • Bilas dengan air asam jawa untuk menhilangkan bau hanyir.
  • Letak uri di atas kain kapas putih bersih. Lebar/besar kain cukup2 untuk membungkus uri...
  • Perahkan 3-4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau untuk mengharumkan uri. Seterusnya taburkan garam kasar dan asam keping di atas uri. Ini untuk mengelakkan bau hanyir yang menarik perhatian binatang.
  • Kemudian bungkus uri dan ikat bungkusan (menggunakan hujung kain) kemas-kemas.
  • Gali lubang tanah sedalam kira2 sekaki setengah (jarak atas bungkusan dengan permukaan atas tanah kira2 sejengkal tangan orang dewesa). Luas lubang sekadar cukup untuk bungkusan uri tersebut. Alaskan dasar lubang menggunakan papan (apa2 saja bahan yg mudah reput dan hancur). Letakkan uri di atas papan tersebut. (Papan tersebut boleh juga diganti dengan temburung kelapa, jika ada..ini lagi baik).
  • Selesai menimbus lubang, menghadaplah ke arah kiblat. Sedekahkan doa Al Fatihah, Ayat Kursi dan 3 Qul dengan niat memohon pertolongan ALLAH supaya uri dan bayi kita dilindungi dari gangguan iblis, syaitan dan jin.


Sudah selesai....


Lagi tip seelok-eloknya tanam uri berdekatan dengan surau atau masjid. Tempat di mana insan selalu azan dan mendirikan solat.


Uri perlu diuruskan segera. Contohnya jika dapat waktu pagi, mesti ditanam selewat-lewatnya pada sebelah petang hari yg sama. Jika ada kekangan masa, uri mesti disimpan di dalam freezer (untuk mengelakkan hanyir) dan dilabelkan sebagai 'uri bayi' untuk mengelakkan ahli2 keluarga lain terambil, termasak dan sebagainya.

Uri mesti diuruskan dengan baik. Pengurusan uri dikatakan mempengaruhi keadaan bayi yg baru lahir dan sedang membesar...

Berdasarkan pengalaman beberapa orang kawan yg tersalah urus uri seperti betul pengurusan uri memang mempengaruhi bayi.

Cerita 1 : suami kawan neh tanam uri tanpa membasuh uri. Bayi mereka mengalami sawan tangis. Asyik menangis saja dalam tempoh melebihi 6 bulan. Letih dan kena berjaga malam. Doktor kata memang dah perangai dia macam tu. Ustaz kata urinya kena ganggu...

Cerita 2 : suami seorg lagi kawan, suaminya menanam uri di kawasan sejuk iaitu di kawasan laluan mata air. Anaknya asyik mengalami kembung perut. Sudah tentulah asyik menangis...hishishis

Cerita 3 : cerita aku la...Alhamdulillah. Tip pengurusan uri  di atas suamiku amalkan. Kedua2 org anakku memang tidak banyak kerenah. Tiada menangis malam. Tiada masalah kembung perut walaupun tidak memakai barut (alas perut). Bawa jalan2 pun tidak banyak kerenah.


Apa2 pun ALLAH lebih mengetahui dan Maha berkuasa.  Kita hanya mampu berusaha + berdoa + tawakkal :)





Selamat mencuba...



Catatan popular daripada blog ini

Tolong Muhammad Shah Mencari Anak-Anaknya