Selasa, 8 Mac 2011

MALUNYA..Bila kita ada RASA Sbg IBU, BAPA dan ISLAM



Gambar hiasan : Gadis Melayu dan ISLAM

PERTANDINGAN Pencarian Puteri Melayu 2011 di Plaza Angsana, Johor Bahru  minggu lalu berakhir dengan insiden memalukan apabila lima finalis tergamak beraksi seksi di atas pentas... Seksi iaitu BERKEMBAN & kain selendang yg menutupi bahu BOGEL setiap gadis tu dijatuhkan ke lantai tika beraksi di pentas...hussss


Aku  baca je berita neh di PANCAINDERA Ahad baru2 neh terus tersangat2 geram. Sebagai ibu, sebagai guru, paling penting sbg MUSLIMAH aku betul2 rasa kesal. Terus je nak tulis entri neh, tapi masa hujung minggu adalah untuk KELUARGA, terpaksalah aku tangguhkan kpd hari ini.


Apabila soalan  SEKSI ini ditanyakan kepada Penerbit filem Jebat selaku penganjur pertandingan, Jufry Anuar Azmi (juga merangkap juri pertandingan ini), beliau memberitahu dia tidak tahu yg peserta perlu beraksi berkemban dan adegan 'Berkemban dan Menjatuhkan Selendang' adalah tidak disengajakan..Nampak sangat JAWAPAN INI TIDAK PINTAR. Kalau tidak sengaja, kenapa setiap peserta menjatuhkan selendang? Kenapa semasa bergambar untuk media semua peserta tidak menutup kembali bahu mereka?

Bagaimana penerbit dan penganjur boleh mengatakan DIA TIDAK TAHU! 


Maaf GAMBAR Peserta tidak disertakan di sini, kerana ini ENTRI utk MUSLIMAH saja :P


Pertandingan itu dianjurkan kononnya untuk memilih seorang gadis Melayu bagi memegang watak heroin Dang Wangi yang memiliki rupa paras klasik persis primadona Melayu, Latifah Omar dalam filem Jebat yang bakal ditayangkan di pawagam pada tahun depan. Perlukah? Perlukah peserta yg semuanya MELAYU dan beragama Islam dipertontonkan kpd khalayak sebegitu rupa?...Kenapa tidak melalui prosedur biasa seperti uji bakat terbuka? (tapi tidak dipertontonkan kpd awam)


Paling NAMPAK SANGAT MEMALUKAN apabila juara Pencarian Puteri Melayu 2011 itu menjadi milik pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Tun Syed Nasir Ismail, Kampung Melayu Majidee.

Bayangkan seorang gadis Melayu yang baru berusia 17 tahun sudah didedahkan dengan aksi sedemikian rupa. Padahal dia sepatutnya menumpukan perhatian kepada Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada penghujung tahun ini.


Paling lagi MENYAMPAH...Juri2 pertandingan terdiri dari mereka yg boleh dipanggil BAPA. Begitukah seorg BAPA patut menyayangi peserta yg SEPANGKAT dengan anak mereka?


BEGITUKAH?!



ADUHAI...


1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...