Selasa, 24 Mei 2011

Budak 3 Tahun Mati Lemas Dalam Kereta



1Malaysia masih bersedih & berkabung atas tragedi tanah runtuh di Hulu Langat . Tragedi itu telah mengorbankan 16 orang mangsa (kebanyakkannya remaja dan kanak2), manakala 9 org lagi mengalami kecederaan.

Tragedi paling buruk 1Malaysia tahun ini setakat ini..(insyaALLAH tiada tragedi lebih buruk lagi tahun ini. Cukuplah mereka menjadi korban...atas nama pembangunan)

Lebih berita klik SINI

Hari ini kesedihan itu ditambah lagi dengan kes Budak 3 Tahun Lemas Dalam Kereta...krn bapanya tergesa2 untuk menolong mengangkat jenazah org lain dan berfikir anaknya telah keluar sendiri...



ISHAK menunjukkan tempat anaknya, Nur Izyan Natasya @Aisyah (gambar kecil) lemas di dalam kereta  di Tumpat, semalam.
ISHAK menunjukkan tempat anaknya,
Nur Izyan Natasya @Aisyah (gambar kecil)
lemas di dalam kereta di Tumpat, semalam




Alangkah sedihnya...huhuhu
Kejadian ini sepatutnya boleh dielakkn jika bapa tersebut lebih berhati2 dan tidak tergesa2 sehingga mengabaikan keselamatan anak kandung sendiri.

Aku tak tahulah kenapa seorang bapa begitu mudah mengatakan dia terlupa (lupa pada anak sendiri?)..hisss
Betul kata Tun Mahadhir "Melayu mudah lupa"... ???
Hidup mati, sihat sakit, ajal maut adalah ketentuan Ilahi tetapi....sebab kpd ajal itu menyebabkan ramai hati ibu terkilan...!

Sedihnya......berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Al Fatihah utk arwah adik Nur Izyan Natasya dan takziah utk keluarganya.

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kpd kita semua (tak kira kaum bapa atau kaum ibu)...

Nauzubillahiminzaliq.



lebih berita klik SINI








3 ulasan:

  1. Salam Takziah Kepada keluarga Arwah Nor Izzyan Natasya. AL-FATIHAH. Sesungguhnya ajal maut itu ketentuan Tuhan. Saya ingin menyeru kepada semua muslimin muslimat agar MEREDHAKAN permergian arwah SEPERTIMANA TUNTUTAN ISLAM. BERHENTIKAN lah menghina, mencaci dan menghukum bapa arwah kerana tindakan anda seolah menidakkan kebesaran kekuasaan tuhan. Saya lebih bersimpati lagi kepada bapa arwah dan turut merasai kesedihan dan tekanan yang beliau harungi. Semoga bapa arwah tabah dan sabar dengan dugaan ALLAH. Persoalannya mengapa ramai yang menuding jari meletakkan kesalahan kecuaian kepada bapa arwah. Bukan ker apa yang sudah berlaku atas kehendak tuhan. Lupa? Cuai? dan macam-macam lagi lah,.. kan dah ketentuan tuhan. Cubalah anda letakkan diri anda di tempat bapa arwah sepertimana atas KEHENDAK tuhan anak anda mati atas kecuaian atau kealpaan anda sendiri. INGAT, ALLAH ITU MAHA BERKUASA dan sebenarnya ANDA SEMUA YANG DI UJI dengan berita yang menyayat hati. Kenapa saya kata begitu? Saya terbaca arwah meninggal dalam lencun dan kepanasan. Soalan saya, si penulis ada di situ ke atau gambaran imaginasi si penulis sahaja. FAKTA nya arwah meninggal tidak lencun.(Disini nampak keajaiban kebesaran kekuasaan tuhan) Selebihnya WALLAHU'ALAM. Kepada sesiapa mencemuh tu... beringatlah,...Malang tidak berbau dan ajal maut ditangan Allah swt. Namun sebagai manusia yang dikurniakan akal serta kejadian manusia itu sendiri adalah sebaik-baik ciptaan-NYA, maka amat wajar untuk kita sama-sama saling ingat-mengingati dan menjadikan kisah/kejadian ini sebagai iktibar agar perkara ini tidak berulang lagi dan SEDARLAH kita juga di uji. Kanak-kanak yang belum mumaiyiz meninggal dunia akan dijanjikan bidadari syurga - Wallahu'alam

    BalasPadam
  2. betul kata2 awk tu defarra...
    kejadian baik buruk itu mmg ketentuan ALLAH. Tetapi mengatakan "sudah takdir" seolah2 kita menyalahkan takdir semata2 (teringat kpd kata2 dato samy vellu berkenaan kes fly over merekah "sudah takdir")
    Allah telah mengurniakan kita akal, kudrat dan iman. setelah abis akal utk b'fikir, kudrat utkb'usaha m'hadapi sstu kjadian...penyelesaiannya doa+tawakkal+redha krn iman kita kpd ALLAH.
    Maaf byk2 jika entri sy ini myinggung rsa sesapa, sume ini krn kelemahn sy sbg insan yg ada hati seorg ibu.
    wallahualam:)

    BalasPadam
  3. macam mana boleh lalai. Apa pun setiap yg berlaku ada hikmahnya.

    ademncats

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...