Rabu, 27 Mac 2013

Primadona Sangatkah Pengacara PRIMADONA?


Assalamualaikum wbt...
 
 
Anda peminat rancangan Primadona? Selalu menonton Primadona? Aku tidak...:P..(Sesiapa yg hendak tahu pasal rancangan ini, silalah tanya Mr Google:))

Aku tidak menonton rancangan ini walaupun ramai yg kata best. Pernah menonton sekali...entah episod ke berapa. Tak berapa hendak ingat. Terus tak berkenan. Selepas tu...terus tak tengok lagi...sampai sekarang.
 
 
Gambar hiasan :
Sepatutnya rancangan begini yg diangkat oleh media2 di Malaysia.
Boleh mengalakkan anak2 belajar dan menyintai Al Quran.
Untung dunia dapat. Untung akhirat pun dapat In Shaa Allah.
 
 
Memang dah lama hendak 'mengutuk' Primadona ini...tetapi asyik tertangguh dek kerana kesibukan yg melampau. Rancangan ini okay...Isu-isu yg dikupaskan pun rasanya okay (kot..)...tetapi apa yg aku tidak berkenan sangat adalah pengacara-pengacara rancangan ini.

Dalam keempat pengacara...hanya dua orang yg boleh pakai.  Dua orang lagi tak boleh pakai. Seorang suka menjerit. Seorang lagi tiada bakat langsung jadi pengacara.
 
Pentas pengacaraan nampak sesak kerana terlalu ramai pengacara. Tidak perlulah ikut sangat rancangan barat "The View". Buatlah cara Malaysia. Setuju dgn pendapat blogger Benashaari. Pengacara perlu mengagih-agihkan tugas. Baru nampak profesional.
 
Sebab utama aku tidak suka rancangan ini....kerana cara berpakaian pengacaranya (kecuali seorang). Tidak menutup aurat....dan ada seorang pengacara tu suka sangat pakai seksi. Primadonalah sangat. Langsung tidak melambangkan Primadona Melayu Islam. Tolonglah belajar berpakaian sopan sebagai wanita melayu ISLAM..(apatah lagi umur sudah semakin senja:))
 
 
Kenapa semua hendak ikut cara barat?  Muzik?  Pakaian? Rancangan TV???? .....

 
 
 
 
Admin :
Gandingan sesuai untuk rancangan ini ialah Ziela Jalil (Tenang), Wardina (Bijak), Shiela Rusly (Lucu)..Ketiga-tiga mereka ini boleh mengacara rancangan.
 
 
 

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...