Bangkai Kucing Atas Jalan: Di manakah Letaknya HATI INSAN Kita?

Gambar : Kredit Arromzi


Semasa melepasi pagar masuk ke PasarRaya Giant Kuantan,
mataku terpandang seekor anak kucing di tepi jalan. Ciannya...
Dia seperti sedang tidur nyenyak di tengah panas berbantalkan batu pembahagi jalan.
Aku berdoa dalam hati moga dia betul2 tidur, bukannya dah mati.

Selesai parking kereta, aku dudukkan kedua2 org anakku dalam troli dan..
  terus menuju ke arah anak kucing tu.
Sah.. dia memang sedang 'tidur'. Tidur yg tidak akan bangun lagi...huhuhu
( sampai aku terlupa hendak ambil gambar, sebab fokusku
hanya hendak mengalihkan anak kucing itu)

Ilmu forensikku mengatakan:
Anak kucing ini baru berusia 2-3 bulan
Keadaan badannya dah keras, kembung dan berbau sedikit busuk.
Mungkin telah mati lebih 24 jam.
Punca kematian, pendarahan di kepala dan...
kecederaan dalaman akibat keretakkan tulang dada sebelah kiri

Sedihnya....
Aku tidak boleh menjadi Pegawai Forensik, confirm lemah semangat melihat kematian.

Aku tidak menyalahkan kes langgar lari ini.
Mungkin yg melanggar itu tak sengaja dan tak prasan..entahlah..
Apa yg aku sedihkan...bangkai kucing tu betul2 depan pondok sekuriti,
boleh sekuriti tu buat don know...? Geramnya..
Di manakah letakknya hati insannya?
Sanggup membiarkan bangkai anak kucing itu tersadai di situ...?

Tanpa byk bicara, tanpa memperdulikan mata2 yg memandang...
aku angkat bangkai anak kucing beralaskan tisu.
Aku letakkan bangkai anak kucing itu di atas tanah betul2 di bawah pokok bunga.
Kututupi badannya yg kejang dgn kertas tisu.
Berehatlah dgn aman comel...huhuhu
Itu sajalah yg mampu aku buat petang tadi...

Apa yg aku harapkan:
Dia kembali menjadi tanah
Jasadnya tidak menjadi bahan tontonan
Menyumbang ke arah kesuburan pokok bunga tersebut..hehehe:)

Apa yg lebih aku harapkan:
Moga ramai berhati perut di luar sana...
Tidak sama sekali membiarkan bangkai binatang tergolek di tengah jalan raya,
digilis kenderaan silih berganti.  
(Ini bukan bangkai kucing pertama yg aku alihkan dari jalan raya.
Sedih betul mengenangkan sikap org kita...)


Tolong alihkan bangkai binatang ke atas tanah..Kalau ada kemudahan tolong tanam. Itulah yg lebih baik. Mereka juga makhluk ALLAH.

Gambar : Kredit SayENuur


Tip2 Mengelakkan Kes Langgar Lari Binatang :
1. Pandu kenderaan korg berhati2
2. Sebelum mengerakkan kenderaan korg, sila pastikan tiada makhluk ALLAH lain berada di depan, belakang dan bawah kenderaan korg
(krn kucing memang suka berada di bawah kenderaan utk m'hangatkan badan)
3. Jika ada mahkluk ALLAH hendak melintas kenderaan, perlahankan kenderaan korg dan beri laluan. Ingat! Korg lulus undang2 jalan raya, mereka pula tidak pernah belajar UU jalan raya!


Jadi bertimbang rasalah....
Gambar : Kredit PakCupet



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Direktori Amal Jariah