Direktori Amal Jariah
![Imej](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxzf2wzD7BKIa6LOdz2TdUaNVwO5wSYQdgYDfC3sCfDKTWtAbiROgU7ijyqtvhEIudP1OkOjqSTL9cmLd7lBfz8vqHbhtdjEJzO6FOuA0-DL7nmxJDM_uZl5tuvKH8CodVFLxOYkSwdlY/s320/anak_terlantar_20131031_203927.jpg)
Bismillah dan Assalamualaikum wbt semua... Alhamdulillah, mudahnya beramal jariah hari ini. Segalanya hanya di hujung jari. Untunglah mereka yang melanggan perkhidmatan perbankan atas talian (e-banking) seperti maybank2u, cimbclick, irakyat dan yang sewaktu dengannya. Jimat masa. Jimat tenaga. Jimat petrol. Jimat tol dan macam- macam jimat lagi. Apa yang perlu dibuat, hanya tekan papan kekunci saja. Mudahkan... InshaAllah pautan direktori ini boleh membantu kita meningkatkan amal jariah. RM5, RM10 dan RM50 walaupun nampak sedikit; amat tinggi nilainya kepada mereka yang memerlukan. Jika tiada e-banking, boleh saja menggunakan perkhidmatan kuanter atau mesin deposit tunai. Jom menyumbang... Ketik gambar di bawah untuk direktori rumah anak-anak yatim yang boleh sama-sama kita bantu. Atau ketik SENARAI RUMAH ANAK YATIM Mudah-mudahan usaha kita ini dipermudahkan dan diberkati Allah swt. Amin.