Kisah Perjalanan Hidup Arshad Imanshah
![]() |
Arshad ketika berumur 5 hari...sangat comel |
Arshad Imanshah bin Antashah dilahirkan sempurna sifatnya pada tanggal 23 Mac 2013 dan diharapkan agar menjadi anak yang soleh serta pemimpin keluarga apabila dewasa kelak.
![]() |
Arshad sebelum KASAI |
Kegembiraan menyambut kelahiran Arshad ke dunia diuji dengan demam kuning yang berlanjutan. Arshad Imanshah disahkan menghadapi Biliary Atresia tahap 3 atau barah hati ketika usianya 2 setengah bulan. Arshad dinasihatkan oleh pakar perubatan PPUM untuk menjalani pembedahan bagi membuang hempedu tersumbat (KASAI) yang mengakibatkan Arshad mengalami komplikasi pada hati. Alhamdulilah pembedahan berjaya dan Arshad kembali ceria.
Namun, setelah 10 bulan selepas pembedahan Kasai, fizikal Arshad masih tetap kuning dan kesihatan hatinya semakin merosot. Arshad kerap dimasukkan ke hospital untuk tempoh yang lama kerana mudah terkena jangkitan kuman pada hatinya. Arshad mendapat rawatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya dan pakar mencadangkan untuk menjalani pembedahan pemindahan hati di Singapura bagi membolehkan Arshad untuk meneruskan kehidupan.
Namun sedemikian, kos pembedahan pemindahan hati Arshad dan rawatan susulan memakan belanja yang amat mahal. Berikut adalah rumusan anggaran kos:
Pemeriksaan sebelum pemindahan hati: 15-20k Sing dolar
Pemindahan hati: 200k Sing dolar
Rawatan susulan sebulan: 2k Sing dolar
TOLONG HULURKAN SUMBANGAN, RINGANKAN BEBAN...
No. Akaun Maybank: 5628 4350 6388
Nama Pemilik Akaun: Antashah Mohd Nor (Bapa Arshad Imanshah)
Nama Pemilik Akaun: Antashah Mohd Nor (Bapa Arshad Imanshah)
....atau
sekurang-kurangnya tadahkanlah doa untuk kesembuhan Arshad Imanshah.
InshaALLAH.
Sumber : Donate and Save Arshad Imanshah
Kesian
BalasPadamAlhamdulillah dah semakin sihat.
PadamAlhamdulillah dah semakin sihat.
Padam