Masih Adakah Yang Sayang?


Bismillah...

Aku menemui anak-anak mulus ini di dalam stor di bawah tangga pada 12hb November baru-baru ini. Mereka menjerit-jerit kelaparan. Aku bekalkan mereka dengan air masak dan biskut. Aku tinggalkan mereka semalaman dengan harapan ibu mereka akan kembali.

Terbangun subuh keesokannya aku berasa tak sedap hati. Aku segera melawat mereka di bangunan sebelah. Biskut terusik sedikit. Itu menandakan ibu mereka tidak muncul semalaman. Ke manakah si ibu?
Sebaik menyedari kehadiranku anak-anak mulus itu bangun mengiau-ngiau. Aku terus memasukkan mereka ke dalam kotak untuk dibawa balik ke rumah.

Alhamdulillah ada wet food khas untuk anak kucing di rumah. Mereka makan dengan lahapnya.



Anak-anak mulus ini aku jangka berusia tiga minggu. Masih kecil. Masih memerlukan susu ibu. Masih memerlukan belaian ibu. Aku telah mengiklankan mereka untuk diangkat di Petfinder dan di Facebook. Alhamdulillah ada yang bertanya. Tetapi apabila mengetahui anak-anak kucing ini hanya kucing kampung, individu-individu tertentu membatalkan niat mereka.


Sehingga ke tarikh ini hanya si putih berjaya menemui keluarga angkat baru. Empat ekor lagi masih menghuni bilik kecil di belakang apartmenku. Kasihan melihat mereka. Mengelap badan mereka menggunakan tisu sangat tidak memadai. Mereka sangat comot. Mereka perlukan ibu untuk menjilat (memandikan) badan mereka. Mereka sangat kecil untuk dimandikan walaupun dengan air suam.

Mereka juga masih terlalu kecil untuk dilepaskan di luar. 

Aku seorang ibu yang mempunyai tiga anak kecil yang sibuk bekerja. Oleh itu, aku sangat berharap andai ada insan-insan di luar sana boleh mengangkat anak-anak mulus ini.

Tolong kongsi entri ini. Sebarkan kasih sayang.

Jika masih ada yang sayang, sila emel admin dalilah1409@gmail.com.

Terima kasih kerana membaca entri ini.


Ulasan

  1. Subhanallah, mulianya hati Kak Nurul :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 meninggal + 2 hilang. Hanya sekor berjaya dapat keluarga angkat. Trauma dah akak.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Direktori Amal Jariah