Tertamuku Yang Comel


Setiap kali berpindah ke rumah baru aku pasti akan menerima tertamu, binatang kesayangan Rasulullah saw ini. Mereka tidak mampu ditolak. Bukan di dalam rumah, tetapi di luar rumah. Biasanya mereka akan melepak di luar pintu.

Hari pertama aku dikunjungi si ibu...
Setiap kali ia masuk ikut tingkap, setiap kali itu juga aku/suami akan mengiringi ia keluar ikut pintu depan. Aku bukan tidak sukakan kucing. Aku sukakan kucing. Masalahnya, aku tiada ilmu dalam mendidik kucing untuk membuang hajat di tandas atau di luar rumah. Apatah lagi rumah baru ini aku sekeluarga tinggal di apartmen.


Gambar hiasan


Rupa-rupanya si ibu ini baru sahaja melahirkan empat ekor baby yang comel-comel belaka. Baby2 itu ia tinggalkan di bawah kerusi kayu. Naluri keibuanku membuatkan aku mengalah. Aku biarkan si ibu bebas keluar masuk untuk menyusukan anak-anaknya.

Apartmen ini ada lima bilik. Kami sekeluarga hanya perlukan tiga bilik. Apa salahnya 'menyewakan' satu bilik lagi untuk si ibu dan anak2 kecil ini? Apa salahnya berkongsi. Semuanya ALLAH yg punya.

InsyaAllah si ibu dan anak2nya akan selamat di rumah ini:)






Muslimah : Sorry...belum berkesempatan merakamkan gambar si ibu dan anak2 kecilnya. Lagipun mereka    masih baby. InsyaAllah akan ada kesempatan:)





Ulasan

  1. ini kedua kali aku rumah sewa/kuarters aku menjadi wad bersalin si comel:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Direktori Amal Jariah