Catatan

Direktori Amal Jariah

Imej
Bismillah dan Assalamualaikum wbt semua... Alhamdulillah, mudahnya beramal jariah hari ini. Segalanya hanya di hujung jari. Untunglah  mereka yang melanggan perkhidmatan  perbankan atas talian (e-banking) seperti maybank2u, cimbclick, irakyat dan yang sewaktu dengannya. Jimat masa. Jimat tenaga. Jimat petrol. Jimat tol dan macam- macam jimat lagi. Apa yang perlu dibuat, hanya tekan papan kekunci saja. Mudahkan... InshaAllah pautan direktori ini boleh membantu kita meningkatkan amal jariah. RM5, RM10 dan RM50 walaupun nampak sedikit; amat tinggi nilainya kepada mereka yang memerlukan. Jika tiada e-banking, boleh saja menggunakan perkhidmatan kuanter atau mesin deposit tunai. Jom menyumbang... Ketik gambar di bawah untuk direktori rumah anak-anak yatim yang boleh sama-sama kita bantu. Atau ketik  SENARAI RUMAH ANAK YATIM Mudah-mudahan usaha kita ini dipermudahkan dan diberkati Allah swt. Amin.

KENAPA 4 ORANG MELAYU MENENTANG HUDUD?

Imej
Bismillah.... (Merujuk kepada saman pemohonan injuksi 4 orang melayu menghalang Tuan Guru Hj Hadi (TGHH) mendapatkan private bill membentang rang undang-undang hudud di parlimen) Apa yang orang awam perlu faham berkenaan usaha jihad TGHH dan rakan-rakan?

Anak-anak Syurga

Imej
Bismillah... Sudah sekian lama saya tidak menulis di sini lantaran kesibukan dengan kerja-kerja harian. Pengisian kali ini amat ringkas, tetapi harapannya mudah-mudahan bermanfaat. Gambar hiasan Saya ingin mengajak anda semua melawat anak-anak syurga yang dalam pemerhatian saya. Ujian yang mereka tanggung amat meruntun hati. Masih kecil tetapi telah diuji dengan ujian yang amat berat. Sangat menghibakan hati. Sangat menyentuh perasaan. Marilah berkenalan dengan ibu mereka. Ibu-ibu yang tabah. Coretan hati mereka selalu mengundang air mata. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. SubhanaAllah... Kenalilah mereka....

Kerinduan Seorang Isteri

Imej
Tinggal kenangan. InshaAllah ketemu di Jannah. Sehari selepas Datuk  Nik Abdul Aziz Nik Mat   meninggal dunia, isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak mengenakan baju kurung kegemaran suaminya ketika menerima kunjungan tetamu di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Baru. Baju kurung kain kapas berwarna krim berbunga kecil itu paling disukai bekas  mursyidul am PAS   itu yang sering memuji corak yang dikatakannya sangat sesuai dengan isterinya. "Baju inilah yang abang paling suka saya pakai," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Sinar Harian yang diadakan pada Sabtu.

Masih Adakah Yang Sayang?

Imej
Bismillah... Aku menemui anak-anak mulus ini di dalam stor di bawah tangga pada 12hb November baru-baru ini. Mereka menjerit-jerit kelaparan. Aku bekalkan mereka dengan air masak dan biskut. Aku tinggalkan mereka semalaman dengan harapan ibu mereka akan kembali. Terbangun subuh keesokannya aku berasa tak sedap hati. Aku segera melawat mereka di bangunan sebelah. Biskut terusik sedikit. Itu menandakan ibu mereka tidak muncul semalaman. Ke manakah si ibu?

Kisah Perjalanan Hidup Arshad Imanshah

Imej
Arshad ketika berumur 5 hari...sangat comel Arshad Imanshah bin Antashah dilahirkan sempurna sifatnya pada tanggal 23 Mac 2013 dan diharapkan agar menjadi anak yang soleh serta pemimpin keluarga apabila dewasa kelak. 

KISAH TRAGIS MUHD FIRDAUS DULLAH

Imej
Bismillah... Sudah lama aku tidak berkongsi kisah kanak2 di blog ini. Tiba2 hari ini aku terpanggil untuk berkongsi kisah tragis penemuan remaja kurang upaya Muhammad Firdaus Dullah (adik Firdaus), 15 di kawasan Flat Taman Semarak, Nilai awal pagi Ahad   lepas (22/042014).  Memang tragis keadaan adik Firdaus  ketika ditemui oleh    Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi bersepadu di kawasan Flat berkenaan . Amat2 menyedihkan. Aku tak sanggup tengok video ini sampai habis. Suami aku pun tak sanggup tengok. Tidak dapat digambarkan penderitaan yg telah ditanggung oleh adik ini..... untuk entah telah berapa lama. Dikurung oleh ibu sendiri di bilik yg kotor  dan gelap sampai tinggal tulang..  Ya ALLAH!...Memang sentap yg amat. Sedih, geram, marah.....macam2 perasaan yg timbul. Video penemuan remaja OKU yg amat menyedihkan :'( (sediakan tisu sebelum menonton video ini)