ya ukhti...ya habibati.....

  

Wahai Muslimahku..
Kala hari ini,
Kulihat dirimu semakin melampaui batas..
Keindahan yang ada padamu, 
Dengan mudah kau tonjolkan..


Wahai Muslimahku..
Aku sedih melihat dirimu saat ini..
Bahagian tubuhmu yang wajib kau tutupi,
Tidak segan silu kau pamerkan kepada insan ajnabi..

Wahai Muslimahku..
Aku mohon padamu dikala saat ini..
Sama-samalah kita kembali kepada apa yang ditetapkan syariat..
Lindungilah apa yang patut dilindungi..
Simpanlah ia dengan selamat..
Agar satu hari nanti kau merasai, dirimu adalah insan yang paling terhormat..

Wahai Muslimahku..
Engkau ibarat bidadari dunia yang sungguh indah..
Punya penjaga yang sungguh gagah..yg bergelar al - Aziz..
Tapi..
Sayangnya dirimu mudah lupa diri..
Sanggup kau khianati, DIA yang Maha Tinggi..

Wahai Muslimahku..
Ayuh, berpegangan erat bersama-sama..
Tutupi mahkotamu dengan jilbab hingga ke dada, 
Longgarkan pakaian indah pelbagai warna,
Buang yang nipis, gantikan dengan yang lebih sempurna,
Litupi kakimu dengan apa yang tersedia..

Wahai Muslimahku..
Ingatlah..
Kau tidak akan pernah rugi, jika kau melalui jalan tarbiyah ini..
Sungguh indah..Sungguh manis..
Nikmat yang akan kau rasai akan membuat jiwamu semakin tenang..
Airmatamu sungguh mudah untuk menitis..
Kala terkenang dosa semalam..

Wahai Muslimahku..
Catatan ini aku coretkan kerana aku sangat menyayangi dirimu..
Kerana ALLAH kita bertemu, kerana ALLAH jua kita berkongsi rindu..
Pesanku, 
Simpanlah amanah ALLAH buatmu sebaiknya..
Pamerkanlah kepada insan yang berhak keatasnya..
InsyaALLAH..
Manisnya saat lafaz sakinah itu tidak akan kau lupa..
Dan dirimu kan bergelar ‘amirah’ kepada bidadari syurga..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Direktori Amal Jariah