6 PESANAN UNTUK WANITA:)





Ada 6 pesanan khas untuk wanita dan juga LELAKI. Sama2lah kita menghayatinya....


1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun dan tidak dapat solat, duduklah di atas tikar sembahyang supaya anak2 tidak melihat si ibu tidak mendirikan solat dalam tempoh itu.


2. Hidupkan bacaan hadith Nabi SAW di rumah dengan keluarga. Dianjur baca hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi SAW sehingga dari rumah kita keluar anak2 yg soleh yg akan mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa dunia/akhirat.


3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya sepotong ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah "Ya ALLAH, apa dosa saya hingga saya tak dapat membaca kitabMu pada hari ini"


4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak2 dari kecil bermula dengan doa2 masnun iaitu doa seharian Nabi SAW seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.


5.  Hidup sederhana dgn tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka menjadi zikir mohon keampunan kepada ALLAH SWT atas wanita tersebut.


6. Galak suami untuk bermujahadah atas agama ALLAH. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di masjid akan mendapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.


Mudah2an ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk hati kita dan mudah nak amalkan. InsyaALLAH:)







dipetik dari AIN SOLEHAH

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Direktori Amal Jariah