Updated : Gambar dan Berita Terkini Kes Langgar Lari Kanak2 di China

Nama kanak2 perempun yg menjadi mangsa kes langgar lari di China pada 13 Oktober lalu ialah Yue Tue (Little Joy). Yue Yue menerima rawatan di unit rawatan rapi Hospital Ketenteraan Guangzhou. Yue Yue mengalami 'mati otak' akibat kecederaan teruk dalam kemalangan tersebut. Dia hanya boleh bernafas mengunakan alat bantuan pernafasan. Keadaannya dilaporkan stabil pada mulanya dan kadang kala memberi tindak balas dengan mengerak-gerakkan lengannya.




Keadaan ini mengembirakan sedikit hati ibunya yg sentiasa berada di sampingnya. Ibunya selalu membisikkan ke telinga Yue Yue supaya tidak berputus asa dan terus bertahan hingga sembuh.



Bantuan dari seluruh dunia baik dari segi kata-kata semangat dan kewangan juga tidak putus2 kpd keluarga Yue Yue.




Walau bagaimanapun, keadaannya semakin kritikal. Kedua orang tuanya diminta membuat keputusan yg sukar sama ada membiarkan dia terus hidup terlantar di katil atau mencabut alat bantuan penafasan.


Doktor mengesahkan Yue Yue meninggal dunia pada 16hb Oktober selepas bertarung nyawa selama 4 hari...Al Fatihah. Sesungguh ALLAH lebih mengetahui tempat terbaik untuk Yue Yue. Tempat yg dia tidak perlu menanggung kesakitan lagi. Tempat yg hanya ada kegembiraan untuk anak kecil yg tidak berdosa seperti Yue Yue.

Sebenarnya undang2 berkenaan kemalangan di China memang pelik. Jika mangsa meninggal, persalah dihukum 20,000 yuan ($3,125). Tetapi jika mangsa kemalangan mengalami kecederaan sahaja, persalah didenda beratus ribu yuan (dikehendaki menanggung kos rawatan). Dunia patut mendesak kerajaan China untuk meminda undang2 berkenaan. Sebenarnya Yue Yue bukan mangsa kes langgar lari yg pertama yg dibiarkan mati di atas jalan oleh masyarakat China. Malah telah berpuluh-puluh kes (mungkin lebih banyak), Wallahualam. Alhamdulillah kes Yue Yue ini telah membongkar kelemahan dalam undang2 China berkaitan dgn nilai nyawa manusia.




Lebih info berkenaan cerita Adik Yue Yue sila klik Shanghaiist

Ulasan

  1. As-Salam.

    Senario yg sama berlaku di Thailand. Jika pemandu melakukan kesilapan melanggar org lain sama ada yang sedang berkenderaan atau tidak, adalah lebih baik ia dilanggar sehingga mati berbanding dibiarkan hidup yang bakal menyusahkan pemandu.

    BalasPadam
  2. apabila manusia tidak beriman begitulah jadinya..
    xda undang2 yg lbh baik melainkan undang2 ALLAH SWT:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Direktori Amal Jariah