Bagaikan coretan diari duka, hidup seorang lelaki menjadi tidak keruan sejak 13 Jun lalu apabila dua anaknya iaitu Nordiana berusia 10 dan Shafiz 8 tahun hilang secara tiba-tiba. Nordiana dan Shafiz dilaporkan hilang selepas mengunjungi sebuah kedai serbaneka bersebelahan hotel penginapan mereka di Jalan Ipoh Kuala Lumpur .Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sentul. Dalam tempoh itu, Muhammad Shah Abdullah, 35, turut diuji dengan kehilangan isteri tercinta, Normaliza Mustafa, 34 selama hampir dua bulan. Normaliza mengalami tekanan perasaan dan kemurungan akibat kehilangan Nordiana dan Shafiz. Sejak tarikh itu Muhammad Shah dan tiga orang lagi anak kecilnya hidup merempat di sekitar Kuala Lumpur dalam usaha mencari Nordiana dan Shafiz. Malang datang bertimpa-timpa apabila anak keduanya Shariz hilang dalam operasi mencari Nordiana dan Shafiz di Chow Kit sejak dua bulan yang lalu. Ya Allah...tabahkanlah hati...
Selepas berkongsi sedikit kisah adik Husna ini di FB sebentar tadi....aku meminta izin ibunya, Puan Mas Enzati (melalui sms) untuk berkongsi kisah adik Husna ini di alam maya. Mas Enzati terus menghubungiku melalui satu panggilan telefon. Mengizinkan...( + sedikit luahan kesedihan hati seorang ibu) Mudah2an perkongsian kisah ini dapat disebarkan secara meluas...
Arshad ketika berumur 5 hari...sangat comel Arshad Imanshah bin Antashah dilahirkan sempurna sifatnya pada tanggal 23 Mac 2013 dan diharapkan agar menjadi anak yang soleh serta pemimpin keluarga apabila dewasa kelak.
Ulasan
Catat Ulasan