HUKUM MEMEGANG Anjing dan Babi:)
Pernah satu ketika dahulu kita
digemparkan dengan gambar pelajar Melayu yang beragama Islam sedang memeluk dan
memegang babi,dan yang terkini gambar artis Melayu bermain dengan anjing
pula.Berbagai-bagai reaksi yang keluar dari mulut masyarakat berkaitan dengan
gambar tersebut.Ada yang kata pelajar dan artis ini menghina Islam la..tak tahu
hukum Islam la dan bermacam-macam lagi yang kita dengar dari mulut masyarakat
Islam di Malaysia ini.
Bagi pendapat saya gambar
pelajar yang memeluk babi dan artis yang bermain dengan anjing bukan menghina
Islam sebaliknya menerangkan bahawa umat Islam boleh menyentuh anjing dan
babi.Tiada nas yang menyatakan menyentuh babi dan anjing itu haram sebaliknya
yang menyatakan haram itu adalah memakannya.Kita perlu jelas pandangan Islam
terhadap dua makhluk yang Allah cipta ini.Kedua-duanya adalah ciptaan daripada
Allah dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia sebaliknya setiap sesuatu
itu ada hikmahnya.Adakah Allah menciptakan babi dan anjing ini untuk dipandang
hina oleh umatnya?????
Berkenaan dengan isu
menyentuh,memegang,merawat,memeluk babi dan anjing yang diketegorikan sebagai
najis Mughollazoh iaitu najis berat dalam feqah, ianya bukanlah haram seperti
mana yang dikatakan oleh sesetengah masyarakat Melayu di Malaysia ini. Ramai
yang bertanya kepada saya bagaimana saya sebagai seorang muslim boleh menyentuh
babi dan anjing yang haram disentuh?? Berdasarkan apa yang saya pelajari
sehingga ke Universiti Al-Azhar,Mesir menyentuh najis Mughollazoh tidak haram.
Apa yang dinyatakan oleh hukum feqah ialah apabila kita menyentuh najis
Mughollazoh kita dikehendaki menyucikannya dengan sertu iaitu membasuh dengan
air yang telah dicampurkan tanah sekali dan membilasnya dengan air mutlak
sebanyak 6 kali. Yang Haram berkaitan babi dan anjing ialah memakannya bukan
menyentuhnya.
Sebagai seorang Melayu yang
beragama Islam saya maklum pandangan masyarakat melayu yang merasakan geli atau
jijik terhadap babi dan anjing. Mungkin ini adalah disebabkan nilai yang
diwarisi daripada ibubapa yang mungkin berasal daripada usaha untuk mengelak
daripada tersentuh babi dan anjing yang mana proses menyucikannya dilihat
sebagai agak leceh dan jika tidak dilakukan akan menjejaskan ibadah, Namun kita
perlu jelas pandangan Islam terhadap 2 makhluk ciptaan Allah ini.
Adakah Allah menciptakan anjing dan babi ini untuk
dipandang hina kerana itu ianya diistilahkan sebagai najis berat? Jika ya
mengapa terdapat hukum feqah yang menyatakan haiwan buruan yang dibunuh oleh
anjing buruan yang terlatih halal dimakan dengan syarat pemburu berniat kerana
Allah ketika melepaskan anjing buruan tersebut. Bagaimana pula dengan kisah
seorang pelacur yang diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga hanya
kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan
kasutnya?
Anjing dan babi juga merupakan
makhluk ciptaan Allah yang mana termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai
khalifah di mukabumi untuk menguruskannya. Sebagai makhluk ia juga seperti
manusia memerlukan makanan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan ia
perlukan rawatan apabila ia sakit, walaupun mungkin dari sudut keutamaannya
berbeza dengan manusia. Justeru saya melihat apa yang dipelajari oleh vet
berkenaan dengan anjing dan babi serta kewajipan merawatnya termasuk dalam
perkara fardhu kifayah dan ia memenuhi sebahagian tanggungjawab manusia sebagai
khalifah.
Akhirnya, sebagai seorang muslim,
marilah kita bersama mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan salah faham
masyarakat khasnya masyarakat melayu berkaitan dengan isu ini. Perkara ini
banyak dipertikaikan oleh masyarakat yang bukan Islam terutamanya mereka yang
kuat memegang nilai kebajikan haiwan.
Senario ini harus kita ubah kerana
sebagai seorang Islam kita perlu menjaga 3 hubungan iaitu hubungan dengan Allah,
hubungan sesama manusia dan hubungan dengan makhluk yang lain. Sesungguhnya
Islam itu syumul, segalanya sudah pun digariskan panduannya, terpulang kepada
kita untuk mencari, memahami dan mengamalkannya. Wallahua’lam
oleh : Ustaz Ashraf @ IbnuMalek
Terkini:
Boleh rujuk pendapat penulis Hilal Asyraf dan ilmuan hadis DrMaza
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam