Keluarga Angkat Baru Untuk Si Comel
Assalamualaikum wbt..
Keluarga comel ini aku jumpa di belakang surau apartmen
dgn bantuan anak2 jiranku pada akhir Januari 2013.
Mereka sangat comel...dan aku sudah lama teringin memiliki kucing sendiri.
Dgn izin suami...mereka aku ambil menjadi anak angkat;)

Si ibu yg cantik lagi menawan.
Sangat bersopan, manja dan jinak
(kadang2 buang tabiat juga)

Ini pula si montel yg menjadi kegilaan ramai.
Tertamu yg datang ke rumah pasti minta si montel untuk dibawa balik.
Aktif, sangat montel..dan sangat comel.

Masa umur dua minggu

Selepas sebulan...dah pandai posing

Aku dah besar..dah hendak jadi anak dara.
Masa umur 3 bulan.
Ini pula si cumil yg comel.
Aktif..tapi agak pemalu.
Juga beradab.

Semasa umur dua minggu

Semasa umur sebulan...memang comel.

Semasa umur tiga bulan (terkini)
Sentiasa comel
Sayang sekali hendak melepaskan mereka...
Tetapi apakan daya
suami dan anak yg sulung asyik bersin2
Akhirnya...aku update juga iklan mereka Januari lalu di petfinder.my
Bertalu2 mesej ku terima. Mereka memang ramai peminat.
Finally
Pemenangnya....

En Ismeth dari Melaka...:)
Tahniah En Ismeth
InshaaAllah, mereka kini bahagia tinggal bersama En Ismeth sekeluarga.
Ulasan
Catat Ulasan