Derita Baby Asyraf : Bantuan SEGERA Diperlukan!



Baby ini bernama Muhammad Asyraf Zaili (Baby Asyraf). Baru berusia empat bulan. Anak bongsu kepada pasangan Rasidah Ardani, 41 dan suaminya Zaili Dollah, 47.
 
 
Muhammad Asyraf

Baby Asyraf memerlukan bantuan SEGERA kita semua kerana...
 
1. Baby Asyraf menghidap penyakit kekurangan gula dalam darah (Hipoglisemia). Bayi malang ini memerlukan lebih RM250,000 untuk rawatannya memandangkan penyakit yang dihidapinya  hanya boleh dirawat di hospital luar negara. Jika rawatan tidak dilakukan segera, kemungkinan Baby Asyraf akan mengalami masalah kegagalan otak yang boleh menyebabkan perkembangannya lebih perlahan berbanding kanak-kanak lain.
 
 2. Pendapatan Encik Zaili hanya kira-kira  RM1,000 sebulan, sekadar cukup untuk menampung kos perubatan bulanan Baby Asyraf. Encik Zaili  sekeluarga terpaksa menghabiskan lebih RM600 untuk membeli susu dan ubatan, selain perlu membeli alat memeriksa kadar gula dalam darah.


 
 
3. Baby Asyraf perlu disuntik tiga kali sehari, di mana setiap 50 jarum yang diguna menelan belanja RM100. Penggunaan ubat yang lebih kerap berbanding sebelum ini menyebabkan hormonnya meningkat dan bulu di badannya menjadi lebat, selain menjadi obes.

 
Fakta! Seorang kanak-kanak cina di Puchong yg pernah menghidap penyakit ini telah sembuh setelah mendapat rawatan di luar negara.
 
Marilah kita sama-sama membantu bayi malang ini agar dia sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Orang ramai yang mahu menghulurkan sumbangan boleh menyalurkan ke dalam akaun Maybank, Rasidah Ardani bernombor 156141307260 atau menghubungi mereka di talian 019-9321566 atau 019-9882647.



Untuk mengikut perkembangan terkini Baby Asyraf, sila like Pages KASIH SUCI INSANIAH



Sumber : Sinar Harian


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Direktori Amal Jariah