Catatan

Kisah Benar Penderitaan Adik Ahmad Adam Syukri

Imej
Ya Allah...hanya perkataan ini yg mampu aku ucapkan tatkala menatap gambar penderitaan adik Ahmad Adam Syukri (adik Adam). Gambar : wajah adik Adam diawal sakitnya. Masih mampu tersenyum Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul ujian ini. Hatiku menangis. Kolam air mataku akhirnya tumpah. Air mataku mengalir deras membaca dan melihat perkembangan adik Adam ini. Ya Allah....tolonglah.

Tolonglah Adik Amyra Balqis

Imej
Tadahkan doa.. Tolong share ... Hulurkan sumbangan...       "Orang Islam adalah bersaudara sesama Islam tidak boleh menzaliminya dan membeban sesuatu yang memberatinya dan siapa yang menunai sesuatu hajat saudaranya, maka Allah akan menunaikan hajatnya ,  dan sesiapa yang melepaskan sesuatu bala orang Islam, Allah akan melepaskan segala bala kesusahannya di akhirat , d an sesiapa yang menutup keaiban mana-mana orang Islam Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat" (Maksud Hadis Riwayat Bukhari)     Untuk mengikuti perjalanan kehidupan adik Myra dan keluarganya, sila like FaceBook ibunya  Puan Herna Binti Selamat      

Tolong Aku Tolong Kawan Ini

Ada seorang rakan sekerjaku yg sedang sarat mengandung. Meja pejabatnya sudah dua hari tidak berpenghuni. Dia mengambil cuti kerana suaminya sedang sakit dan sekarang berada di hospital. Kasihan dia… Bukan itu sahaja yg menyebabkan dia keletihan dan murung…tapi masalahnya adalah lebih daripada itu. Kemurungannya itu menyebabkan dia terpaksa ‘bercakap’ dengan doktor psikitrik (betulkah ejaan aku ni;)) Dia sebenarnya tidak mahu bercerita pada sesiapa berkenaan masalahnya…tapi setelah aku pujuk, dia luahkan juga lara di hatinya. Lara dihatinya bermula semenjak dia mengahwini suaminya oktober tahun lepas (2011). Suaminya seorang duda beranak satu (perempuan berumur 7 tahun kalau tidak silap aku).   Dia ‘mangsa’ matchmaker . Mungkin didorong oleh umur yang agak lewat (30 tahun) dia menerima jodoh tersebut tanpa berkenalan lebih lanjut.

Keluarga Angkat Diperlukan. Ada Sesiapa Berjiwa Penyayang?

Imej
Inilah dia bakal ''anak-anak'' yg hendak diangkat.. Sungguh comel kan....

Tertamuku Yang Comel

Imej
Setiap kali berpindah ke rumah baru aku pasti akan menerima tertamu, binatang kesayangan Rasulullah saw ini. Mereka tidak mampu ditolak. Bukan di dalam rumah, tetapi di luar rumah. Biasanya mereka akan melepak di luar pintu. Hari pertama aku dikunjungi si ibu... Setiap kali ia masuk ikut tingkap, setiap kali itu juga aku/suami akan mengiringi ia keluar ikut pintu depan. Aku bukan tidak sukakan kucing. Aku sukakan kucing. Masalahnya, aku tiada ilmu dalam mendidik kucing untuk membuang hajat di tandas atau di luar rumah. Apatah lagi rumah baru ini aku sekeluarga tinggal di apartmen. Gambar hiasan Rupa-rupanya si ibu ini baru sahaja melahirkan empat ekor baby yang comel-comel belaka. Baby 2 itu ia tinggalkan di bawah kerusi kayu. Naluri keibuanku membuatkan aku mengalah. Aku biarkan si ibu bebas keluar masuk untuk menyusukan anak-anaknya. Apartmen ini ada lima bilik. Kami sekeluarga hanya perlukan tiga bilik. Apa salahnya 'menyewakan' satu bilik lag...

Adik Ferdaus Perlukan RM37,000 Lagi

Imej
Sebenarnya sudah lama aku nak share cerita berkenaan adik Wan Arif Ferdaus Wan Ahmad Affendy  8 tahun (adik Ferdaus) ini. Namun lantaran kesibukan di tempat kerja membuatkan aku terlupa dan bertangguh. Maafkan akak ya adik. Harap masih berkesempatan untuk membantu dengan berkongsi dan menyebarkan cerita ini. Adik Ferdaus menghidap kanser di kaki kiri tahap empat memerlukan pembedahan dengan segera bagi membolehkan dia meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak lain. Adik Ferdaus telah menjalani  tiga rawatan­ kimoterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Semalam (Isnin) adik Ferdaus telah menjalani rawatan kimoterapi kali keempat sebelum menjalani pembedahan. Setakat 14 April, jumlah bantuan terkumpul meningkat kepada RM43,000. Keluarganya memerlukan RM80,000 untuk menampung kos pembedahan dan pemindahan tulang titaniumnya. Masyarakat Malaysia yg prihatin hulur2kanlah bantuan kepada keluarga ini bagi meringankan beban kewangan mereka :)

Kisah Benar Baraa'a Yang Mengkagumkan...

Imej
p/s selepas membaca kisah ini aku berasa begitu kerdil.