Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Tertamuku Yang Comel

Imej
Setiap kali berpindah ke rumah baru aku pasti akan menerima tertamu, binatang kesayangan Rasulullah saw ini. Mereka tidak mampu ditolak. Bukan di dalam rumah, tetapi di luar rumah. Biasanya mereka akan melepak di luar pintu.
Hari pertama aku dikunjungi si ibu... Setiap kali ia masuk ikut tingkap, setiap kali itu juga aku/suami akan mengiringi ia keluar ikut pintu depan. Aku bukan tidak sukakan kucing. Aku sukakan kucing. Masalahnya, aku tiada ilmu dalam mendidik kucing untuk membuang hajat di tandas atau di luar rumah. Apatah lagi rumah baru ini aku sekeluarga tinggal di apartmen.

Gambar hiasan

Rupa-rupanya si ibu ini baru sahaja melahirkan empat ekor baby yang comel-comel belaka. Baby2 itu ia tinggalkan di bawah kerusi kayu. Naluri keibuanku membuatkan aku mengalah. Aku biarkan si ibu bebas keluar masuk untuk menyusukan anak-anaknya.
Apartmen ini ada lima bilik. Kami sekeluarga hanya perlukan tiga bilik. Apa salahnya 'menyewakan' satu bilik lagi untuk si ibu dan anak2 kecil…