Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

Kerinduan Seorang Isteri

Imej
Tinggal kenangan. InshaAllah ketemu di Jannah. Sehari selepas Datuk  Nik Abdul Aziz Nik Mat   meninggal dunia, isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak mengenakan baju kurung kegemaran suaminya ketika menerima kunjungan tetamu di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Baru. Baju kurung kain kapas berwarna krim berbunga kecil itu paling disukai bekas  mursyidul am PAS   itu yang sering memuji corak yang dikatakannya sangat sesuai dengan isterinya. "Baju inilah yang abang paling suka saya pakai," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Sinar Harian yang diadakan pada Sabtu.