Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Rumah-rumah Kenangan

Imej
Suamiku selalu diarahkan berpindah tempat bekerja. Setakat ini telah 3 kali. Dari KL ke Selangor. Dari Selangor ke Pahang...dan sekarang kembali semula ke Selangor. Telah 4 rumah kami anak beranak berpindah randah...Bila dilihat, dikenang rumah2 itu, sayu hati rasanya. Semuanya mencatat seribu macam kisah tersendiri... Rumah sewa: Pangsa Ria Desa Petaling, KL. 2007-April 2009 Rumah pengantin baru. Banyak yg suami aku buat dan sumbangkan utk keceriaan rumah ini. Aku datang 'basuh kaki' je..hehehe Di sinilah anak sulung kami dilahirkan.