Rumah-rumah Kenangan

Suamiku selalu diarahkan berpindah tempat bekerja. Setakat ini telah 3 kali. Dari KL ke Selangor. Dari Selangor ke Pahang...dan sekarang kembali semula ke Selangor.


Telah 4 rumah kami anak beranak berpindah randah...Bila dilihat, dikenang rumah2 itu, sayu hati rasanya. Semuanya mencatat seribu macam kisah tersendiri...



Rumah sewa:
Pangsa Ria Desa Petaling, KL.
2007-April 2009

Rumah pengantin baru.
Banyak yg suami aku buat dan sumbangkan
utk keceriaan rumah ini.
Aku datang 'basuh kaki' je..hehehe
Di sinilah anak sulung kami dilahirkan.


Apa yg tak best duduk di apartmen neh, 1 rumah 1 parking.
Bila shopping brg2 dapur, lecehnya nak angkat brg wlupun ada lif.




Kuarters JPSM FRIM Kepong
Mei 2009-Ogos 2010

Anak keduaku dilahirkan di sini.

Setakat ini, di sinilah tempat tinggal paling best.
Dekat dgn pusat kemudahan.
Dekat dgn sekolah.
Suasananya aman tenteram.



Anak sulungku paling suka mandi air jeram di sini.





Rumah sewa :
Sg Isap Damai Kuantan Pahang
Sept 2010-Mac 2011
(Gambar ini hanya hiasan saja..hehehe
bukan rumah sebenar)

Di sinilah aku mula jatuh hati pada kucing.
Banyaknya kucing terbiar di Kuantan neh.

Di rumah ini Si Hitam dilahirkan...
(dan..di rumah jiran sebelah dia mati krn sakit..huhuhu)





Rumah sewa terkini:
Perkampungan Pandan Aman 1
Kuantan Pahang
April 2011-Jun 2011, InsyaALLAH.
(Gambar hiasan saja)


Sehingga tarikh entri ini, belum ada sesiapa lagi dilahirkan di sini...
...tetapi aku disahkan mengandung anak ke3 di rumah ini..:P


Baru sebulan duduk di rumah ini, tiba2...
suamiku diarahkan berpindah tempat berkerja.

Nampaknya, kami akan balik semula ke Selangor, InsyaALLAH.

ke Shah Alam...


Memang best melihat tempat orang
Berkenalan dgn ramai org...
Bagus juga untuk bisnes
tapi...
belum sempat menjadi lebih mesra & rapat..
tiba2 kena pindah..huhuhu



Alangkah letihnya asyik berpindah2...








InsyaALLAH akan bersambung....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Direktori Amal Jariah