KENAPA 4 ORANG MELAYU MENENTANG HUDUD?

Bismillah....

(Merujuk kepada saman pemohonan injuksi 4 orang melayu menghalang Tuan Guru Hj Hadi (TGHH) mendapatkan private bill membentang rang undang-undang hudud di parlimen)

Apa yang orang awam perlu faham berkenaan usaha jihad TGHH dan rakan-rakan?

http://www.kedaigloria.tone-excel.my

1) Ramai yang anggap hudud hanya boleh dilaksanakan jika cukup syarat seperti ekonomi yang kukuh, keadaan yang aman, kefahaman rakyat, dan seumpamanya.

 2) Tetapi tidak ramai yang sedar, bahawa syarat utama untuk laksanakan hudud, adalah hudud mesti digazet dahulu sebagai undang-undang negara.

3) Sekalipun hudud digazet, perlaksanaannya akan tertakluk kepada syarat-syarat yang ketat dan mesti dipenuhi serta bebas daripada keraguan.

4) Akan tetapi hudud jika tidak digazet sebagai undang-undang, hudud sama sekali tidak boleh dilaksanakan walaupun syarat-syarat lain cukup, lulus, kondusif, progresif dan seumpamanya.

5) Atas dasar itu, para anti-hudud hanya fokus pada isu penggazetan undang-undang hudud. Mereka tidak ambil pot pun mengenai apa itu hudud, kebaikan hudud, syarat-syarat perlaksanaan hudud dan segala detail mengenai hudud.

 6) PAS pula mahu undang-undang hudud digazet terlebih dahulu. Syarat-syarat lain akan datang kemudian. Apabila digazet, semua pengamal undang-undang akan mengkaji hudud. Tak kisah nak kaji kelemahan atau kelebihan, praktikal atau teknikal, etikal ataupun psikologikal, semuanya akan memberi input yang positif dalam perlaksanaan hudud.

7) Contoh perlaksanaan hudud yang ditangguh oleh Khalifah Umar al-Khattab ketika kemarau panjang, adalah contoh penangguhan ke atas individu dan persekitaran yang tidak mencukupi syarat untuk dilaksanakan hudud mencuri. Penggazetan hudud sebagai undang-undang tidak terbatal sama sekali.

8 ) Andaikata ketika itu orang berzina dan cukup syarat dihukum, maka dia akan menerima hukuman hudud ke atas penzina, kerana kemarau panjang tiada kena-mengena dengan zina. Kenapa dia dihukum? Sebabnya undang-undang hudud digazet.

9) Begitulah perihalnya, perlaksanaan hudud dalam negara kita. Benarlah kata TG Haji Hadi bahawa hudud tidak akan dilaksana dalam negara kita jika tidak cukup syarat. Sekarang ini, beliau hanya mahu hudud digazet, bukannya dia gila nak potong tangan orang.

Sekian. Harap maklum.

ALLAHUALAM


oleh : Dr Tanaka Mustafa

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Direktori Amal Jariah