Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

KISAH TRAGIS MUHD FIRDAUS DULLAH

Imej
Bismillah...
Sudah lama aku tidak berkongsi kisah kanak2 di blog ini. Tiba2 hari ini aku terpanggil untuk berkongsi kisah tragis penemuan remaja kurang upaya Muhammad Firdaus Dullah (adik Firdaus), 15 di kawasan Flat Taman Semarak, Nilai awal pagi Ahad  lepas (22/042014). 
Memang tragis keadaan adik Firdaus  ketika ditemui oleh Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi bersepadu di kawasan Flat berkenaan. Amat2 menyedihkan. Aku tak sanggup tengok video ini sampai habis. Suami aku pun tak sanggup tengok. Tidak dapat digambarkan penderitaan yg telah ditanggung oleh adik ini..... untuk entah telah berapa lama. Dikurung oleh ibu sendiri di bilik yg kotor  dan gelap sampai tinggal tulang..  Ya ALLAH!...Memang sentap yg amat. Sedih, geram, marah.....macam2 perasaan yg timbul.

Video penemuan remaja OKU yg amat menyedihkan :'( (sediakan tisu sebelum menonton video ini)