Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Tolong Aku Tolong Kawan Ini

Ada seorang rakan sekerjaku yg sedang sarat mengandung. Meja pejabatnya sudah dua hari tidak berpenghuni. Dia mengambil cuti kerana suaminya sedang sakit dan sekarang berada di hospital. Kasihan dia… Bukan itu sahaja yg menyebabkan dia keletihan dan murung…tapi masalahnya adalah lebih daripada itu. Kemurungannya itu menyebabkan dia terpaksa ‘bercakap’ dengan doktor psikitrik (betulkah ejaan aku ni;)) Dia sebenarnya tidak mahu bercerita pada sesiapa berkenaan masalahnya…tapi setelah aku pujuk, dia luahkan juga lara di hatinya. Lara dihatinya bermula semenjak dia mengahwini suaminya oktober tahun lepas (2011). Suaminya seorang duda beranak satu (perempuan berumur 7 tahun kalau tidak silap aku).   Dia ‘mangsa’ matchmaker . Mungkin didorong oleh umur yang agak lewat (30 tahun) dia menerima jodoh tersebut tanpa berkenalan lebih lanjut.