Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Direktori Amal Jariah

Imej
Bismillah dan Assalamualaikum wbt semua... Alhamdulillah, mudahnya beramal jariah hari ini. Segalanya hanya di hujung jari. Untunglah  mereka yang melanggan perkhidmatan  perbankan atas talian (e-banking) seperti maybank2u, cimbclick, irakyat dan yang sewaktu dengannya. Jimat masa. Jimat tenaga. Jimat petrol. Jimat tol dan macam- macam jimat lagi. Apa yang perlu dibuat, hanya tekan papan kekunci saja. Mudahkan... InshaAllah pautan direktori ini boleh membantu kita meningkatkan amal jariah. RM5, RM10 dan RM50 walaupun nampak sedikit; amat tinggi nilainya kepada mereka yang memerlukan. Jika tiada e-banking, boleh saja menggunakan perkhidmatan kuanter atau mesin deposit tunai. Jom menyumbang... Ketik gambar di bawah untuk direktori rumah anak-anak yatim yang boleh sama-sama kita bantu. Atau ketik  SENARAI RUMAH ANAK YATIM Mudah-mudahan usaha kita ini dipermudahkan dan diberkati Allah swt. Amin.