Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Video : Jeritan Anak Palestin Di Pagi Raya

Imej
Buat renungan mereka yg selalu berasa aman... "Umat Islam adalah ibarat satu tubuh. Jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasakan sakitnya dan tidak boleh tidur malam." Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, yang bersabda maksudnya : " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan  dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat..." Sumbangan boleh disalurkan melalui organisasi2 berikut: AMAN PALESTIN AQSA Syarif Berhad Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin :)

Gambar : Salam Ramadan Dari Somalia

Imej
Ramadan tahun ini hampir ke penghujungnya. Hampir setiap hari kita mendengar ustaz/ustazah/guru berpesan supaya berbuka secara bersederhana di bulan ramadan ini. Puasa untuk menundukkan nafsu. Puasa untuk muhasabah diri bahawa terdapat saudara seagama kita di tempat lain menderita kelaparan, menderita kehausan sepanjang hari. Di kesempatan ini aku ingin menyampaikan salam ramadan dari saudara seagama kita di Somalia yang diuji dengan krisis politik, krisis makanan dan kepanasan melampau:

Tip Memikat Hati Suami

Imej
  Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan sedikit petua berhadapan dengan suami...

Berkat Membaca Bismillah

Imej
Sebuah kisah menarik untuk renungan bersama... Gambar hiasan Ada seorg perempuan tua yg taat beragama, tetapi suaminya seorg yg fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajiban beragama dan tidak mahu membuat kebaikan.

PAPA - Program Anak Angkat Palestine

Imej
    Pada 30 Januari 2009, Yayasan Wanita Islam (YATI) melaksanakan Program Anak Angkat Palestine (PAPA) bagi membela nasib anak-anak yatim dan miskin di negara itu. Tujuannya ialah bagi membolehkan rakyat Malaysia mengambil kanak-kanak ini sebagai anak angkat untuk membantu mereka dari segi keperluan menyara hidup. Bagaimanapun anak-anak ini akan tetap tinggal di Palestine.

Gambar : Ramadan di Palestine

Imej
Ada yang gembira... Seorang anak laki-laki Palestine bermain bunga api  pada malam bulan suci puasa Ramadan di Bandar Gaza   Kanak-kanak perempuan Palestine membawa lampu   tradisi  ketibaan  ramadan di Lorong Jerusalem Lama Pekerja Palestine sedang menyiapkan makanan tradisi ramadan katayif di sebuah kedai di Nablus. (Rami Swidan) Kanak2 pelarian Palestine menunggu giliran untuk mengisi air sumbangan United Nation di Selatan Gaza (Hatem Omar) tapi ramai yg bersedih... Seorg remaja Palestine menangis menunggu pintu  masuk ke Jerusalem  dibuka  bagi membolehkan dia  (dan yg lain) solat Jumaat ke2 Ramadan di Masjid Al Aqsa Kredit Zawaj