Berkat Membaca Bismillah


Sebuah kisah menarik untuk renungan bersama...



Gambar hiasan


Ada seorg perempuan tua yg taat beragama, tetapi suaminya seorg yg fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajiban beragama dan tidak mahu membuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kpd Allah SWT supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : " Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu"

Untuk membuat sesuatu yg memeranjatkan istrinya, dia memberikan wang yg banyak kpd isterinya dgn berkata "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpannya di tempat yg selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yg disimpan oleh isterinya. Kemudian dgn senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit itu ke dalam perigi di belakang rumah.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yg aku berikan kpd engkau dahulu utk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya. Dgn berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu, dia membukanya dgn membaca "Bismillahirrahmanirrahim." Ketika itu Allah SWT menghantar malaikat Jibril AS utk mengembalikan beg duit itu dan menyerahkan duit itu kpd suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kpd isterinya. Ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah SWT, dan dia juga membaca bismillah apabila hendak memulakan sesuatu kerja.






Dipetik dari renung sejenak mingguan wasilah 20-26 April 2008

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Direktori Amal Jariah