Tolong Muhammad Shah Mencari Anak-Anaknya


Bagaikan coretan diari duka, hidup seorang lelaki menjadi tidak keruan sejak 13 Jun lalu  apabila dua anaknya iaitu Nordiana berusia 10 dan Shafiz 8 tahun hilang secara tiba-tiba. Nordiana dan Shafiz dilaporkan hilang selepas mengunjungi sebuah kedai serbaneka bersebelahan hotel penginapan mereka di Jalan Ipoh Kuala Lumpur .Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sentul.
Dalam tempoh itu, Muhammad Shah Abdullah, 35, turut diuji dengan kehilangan isteri tercinta, Normaliza Mustafa, 34 selama hampir dua bulan. Normaliza mengalami tekanan perasaan dan kemurungan akibat kehilangan Nordiana dan Shafiz.
Sejak tarikh itu Muhammad Shah dan tiga orang lagi anak kecilnya hidup merempat di sekitar Kuala Lumpur dalam usaha mencari Nordiana dan Shafiz. Malang datang bertimpa-timpa apabila anak keduanya Shariz hilang dalam operasi mencari Nordiana dan Shafiz di Chow Kit sejak dua bulan yang lalu.

Ya Allah...tabahkanlah hati :'(


SHAH dan dua anaknya ketika menumpang berteduh di Surau Al-Amin, Setapak.

Episod sedih kehidupan juru elektrik itu bermula apabila dia, isteri dan lima anak mereka Nordiana Shafiza, 10; Muhammad Shariz Denial, 9; Muhammad Shafiz Denial, 8; Muhammad Aiman Denial, 2 dan anak bongsunya berusia tujuh bulan, Muhammad Alif Denial berkunjung ke ibu kota dari Johor Bahru kerana urusan menguruskan pertukaran nama bapa pada surat beranak tiga anak pertamanya.

Ini berikutan Nordiana, Shariz dan Shafiz  berbin dan berbintikan Abdullah kerana Muhammad Shah sebelum itu tidak mempunyai kad pengenalan (MyKad) disebabkan dia dibesarkan di rumah anak yatim serta tidak pernah mengenali siapa ibu bapa dan keluarganya.

Bagi menyelesaikan masalah itu, dia membawa keluarganya ke ibu kota dan menjangkakan dapat menyelesaikan urusan berkenaan selewat-lewatnya dalam tempoh empat hari.

Pertubuhan Penggerak Masyarakat Malaysia (PPMM) menubuhkan pasukan khas melalui Operasi (Ops) Jejak Diana dan Shafiz dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia. Setakat ini PPMM telah berjaya menjejaki isteri Muhammad Shah, Normaliza Mustafa, 34 pada 8 Oktober lalu.


Buat masa ini dua orang anak Muhammad Shah iaitu Aiman dan Alif dijaga oleh satu keluarga di Semenyih yang juga ahli PPMM buat sementara waktu. Keadaan yang terjadi di sekeliling mereka membuatkan kedua-duanya keletihan, trauma dan tidak sesuai dibawa ke hulu dan ke hilir dalam misi mencari kakak dan abang2 mereka.

Kes kehilangan kanak-kanak ini tidak boleh dipandang remeh memandangkan terlalu banyak kejadian seumpamanya di bandar raya. Ada antaranya dijumpai dengan selamat dan ada juga sebaliknya.
Muhammad Shah kini bersama PPMM dalam misi mencari anak-anaknya yang hilang. PPMM merancang dan menjalankan usaha mencari, antaranya menampal poster, hebahan radio dan media.

PPMM adalah pertubuhan kebajikan baru. Kapasitinya juga terhad. Walau bagaimanapun PPMM akan cuba sedaya upaya membantu Muhammad Shah dan keluarganya. Oleh itu keprihatinan dan kerjasama orang awam amatlah dialu-alukan.

Jika ada maklumat mengenai kanak-kanak ini atau ingin sama menghulurkan bantuan, PPMM  boleh dihubungi menerusi laman Facebook Penggerak Malaysia atau Bilik Gerakan Ops Jejak Diana dan Shafiz di No 12-2 Jalan Jernai, Medan Idaman, Gombak atau di talian HotLine 010-5172625 dan 013-3545943.



Ulasan

  1. assalam...
    bukan ke sorg lagi tu dihantar ke pusat tahfiz atas bantuan seorg ustaz? x pasti yg mana...shariz kot...

    BalasPadam
  2. Mudah2an bgitu hendaknya. Tetapi stakat mlm td info d Penggerak Malaysia mgatakn ke3 anaknya hilang. Boleh ke fb Pengerak Malaysia utk update:-). Tq

    BalasPadam
  3. alhamdulillah dengarnya dah jumpa.... tp still x tau cerita di sebalik penemuan tu....
    tapi kesian la...mana2 yg saya jumpa share citer ni dlm blog2 dan forum2 semua asik mengutuk aje... x tau citer tapi dengan mudahnya berprasangka... x kena batang hidung sendiri... kalo kena baru tau langit tu tinggi ke rendah...x guna doakan kalo sambil2 tu dok kutuk.... kadang2 memang betul kot2 ada kecuaian tapi biar la itu dijadikan pengajaran bukannya kutuk sesedap rasa....nauzubillah...

    BalasPadam
  4. makluman...3 org anaknya yg dikatakan hilang itu dibwh jagaan jkm ..2 org lagi dibawah jagaan penggerak malaysia..manakala mak bapak nye skrg dah menghilanglan diri....info terkini

    BalasPadam
  5. Terkini...
    2 orang anaknya yang kecil tersebut dibawah jagaan Pengerak Malaysia atas arahan JKM Hulu Langat. 2 lagi anaknya diperintahkan oleh mahkamah untuk diserah jagaannya kpd ayah puan liza. Hanya seorang anaknya yang diserahkan kepada jagaan Puan Liza (& suami) termasuklah babynya tu. Mereka skrg ini dibawah pemantauan dan pengawasan JKM.

    BalasPadam
  6. dari sumber mana gloria abdullah? teringin benar tahu kisah perit keluarga ni.

    BalasPadam
  7. Semalam 8.30pm lepas isyak puan normaliza ada datang di masjid nurul huda kampung kenangan puchong meminta sumbangan lagi dari pihak masjid dan jemaah masjid. mengatakan sedang mencari dua anak nya yang hilang. tiada duit dan tempat tinggal hanya menumpang di surau surau dan masjid. lepas google rupanya kisah lama dari tahun 2012 di johor. 2013 di gombak dan sekarang 2014 masih meminta sumbangan dari surau surau dan masjid.

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalam blh tahu sbnrnyer skg ape dh jadi pada keluarga ini..sy ingin membantu sekadar yg mampu

      Padam
    2. assalam blh tahu sbnrnyer skg ape dh jadi pada keluarga ini..sy ingin membantu sekadar yg mampu

      Padam
    3. Boleh hubungi admin FB Penggerak Malaysia. Terkini berkenaan keluarga ini telah saya update d ruangan komen di atas.

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Direktori Amal Jariah