Sabtu, 11 April 2015

Anak-anak Syurga


Bismillah...

Sudah sekian lama saya tidak menulis di sini lantaran kesibukan dengan kerja-kerja harian. Pengisian kali ini amat ringkas, tetapi harapannya mudah-mudahan bermanfaat.

Gambar hiasan

Saya ingin mengajak anda semua melawat anak-anak syurga yang dalam pemerhatian saya. Ujian yang mereka tanggung amat meruntun hati. Masih kecil tetapi telah diuji dengan ujian yang amat berat. Sangat menghibakan hati. Sangat menyentuh perasaan.

Marilah berkenalan dengan ibu mereka. Ibu-ibu yang tabah. Coretan hati mereka selalu mengundang air mata. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. SubhanaAllah...


Kenalilah mereka....

Adik Adam Haikal
Update terkini klik Adam Haikal


Wildan syurga, Adik Muhammad Nur Aiman
Update terkini klik Nurcahaya


Adik Ammar Danish
Update terkini klik Perjuangan Ammar Danish




Aku hanya mengenali anak-anak ini menerusi alam maya. Mengenali ibu-ibu tabah ini menerusi laman muka buku. Mereka bukan orang kaya. Mereka kini bukan orang biasa. Mereka sangat istimewa. Allah pilih mereka untuk diuji. Bukan ringan tetapi berat. Ada sekejap ada lama. Sesungguhnya syurga itu amat tinggi maharnya. 

Dalam masa yang sama kita juga diuji, sama ada kita memandang dengan sebelah mata atau menghulurkan sumbangan, Hulurkanlah sumbangan setakat kemampuan. Ibu-ibu ini kebanyakan terpaksa mengambil cuti tanpa gaji. Ada juga yang menjadi surirumah sepenuh masa kerana anak-anak syurga ini perlukan 100% perhatian. 

Atau sekurang-kurangnya sedekahkan doa untuk mereka.  Allah Maha Mendengar. Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.


Innalillahi wa inna ilaihi wa rajiun.




Admin :
Sila klik page Kasih Suci Insaniah untuk mengenali anak-anak syurga lain. Terima kasih kerana sayang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...