Rabu, 5 Januari 2011

Aku Redha



Aku redha jika Arjun bukan ditakdirkan untukku..

Sudah banyak hari dia tidak balik semula ke rumah.

Aku telah bertanya kepada jiran di sebelah rumah sewaku petang hari Isnin baru2 neh berkenaan Arjun. Segan sebenarnya, tetapi demi Arjun aku beranikan diri. Jiran itu kata selepas petang Jumaat hari itu dia tidak nampak kelibat Arjun.

Aku pergi ke rumah jiran yang satu lagi. Alhamdulillah Arjun telah check in di rumah mereka selama dua malam. Tapi kelibatnya tidak kelihatan selepas pagi tadi. Lagi....? Mereka tidak pasti sama ada dia akan datang lagi untuk berteduh di situ.


Hatiku berasa lega sekurang2nya  dia masih bernafas dan disayangi oleh semua tuan rumah..

Apa yg merisaukan aku apabila mereka memberitahu Arjun tidak menyentuh makanan yg mereka berikan. 

"Dia hendak makan wiskis tapi perlu campur air sikit. Kalau lembik sikit baru dia nak makan" aku menerangkan pada jiran tersebut. Hatiku sayu...Mataku terasa berkaca :(

Ke mana kau Arjun? Kau sesatkah? Atau kau sudah tidak sudi balik ke rumah? Risaunya aku mengenangkan si Arjun neh. Sudahlah masih kecik. Memilih makan lagi...

Baliklah Arjun. Mama telah belikan makanan kegemaran Arjun neh. Baliklah cepat. Sedihnya hati... Dah lah hari selalu hujan...

Bila difikirkan semula, aku diserang rasa bersalah. Mungkin aku tidak patut mengambil Arjun dari gerai makan tu hari tu. Mungkin dia gembira di situ. Jangan2 dia bukan yatim piatu? Jangan2 dia rindukan ibunya atau saudara maranya di situ? Maafkan mama Arjun...Mama tidak niat memisahkan Arjun dari sesiapa pun.

Aku memang tidak berbakat membela kucing. Itulah kesimpulan yg boleh aku buat. Perasaan kasih pada kucing, terutamanya kucing2 terbiar memang sentiasa ada dalam diriku. Makanan kucing memang sentiasa ada di rumahku. Khas untuk mana2 tertamu kecil itu jika mereka  singgah di rumahku...

Fikiranku masih mengenangkan Arjun. Esok entah bertemu lagi ke tidak aku dengannya...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...