Selasa, 29 Mac 2011

TiP BerGaduH SeCara SiHAT SuaMi IsTeri






Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit...’. Kita tak akan selalu boleh berkata ‘ok’ kepada pasangan kita begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti ada hati yang akan terluka terutamanya hati org pompuan...aduhaiiii..


Jika pergaduhan itu berpunca daripada perkara yg sangat kecil, janganlah diperbesarkan. Ia hanya akan memperlihatkan peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu..Apatah lagi kalau mulutnya mudah melontarkan kata-kata yang tidak sedap didengar...'Bodoh!", "Sial!" dan entah apa lagi yg tidak sedap didengar.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor." (Riwayat Ibnu Mas’ud RA)


Bukan mudah utk mengawal perasaan kan...? Huhuhu...


Sebenarnya, pengaduhan ada juga baiknya... daripada anda berdiam diri  dan tidak berbincang. 'Pergaduhan' jika ditangani dgn baik insyaALLAH akhirnya akan menjadikan hubungan suami isteri  lebih intim, erat dan mantap.


Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan. Anda bukan malaikat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tak akan tahu perkara yang ada dalam hati anda...


Di sini, aku ingin berkongsi beberapa tip untuk 'bergaduh' secara sihat:

1. Jangan terlampau banyak bercakap – Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima. Masing-masing hanya mahu menegakkan pendapat masing-masing. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk membetulkan keadaan.


2. Jangan menyebut kelemahan pasangan – Bukan hanya isteri anda yg ada kelemahan, anda pun ada kelemahan sendiri. Jadi, jangan ungkit krn akhirnya dia akan turut mengungkit kelemahan anda. Keadaan ini akan menyebabkan keadaan lebih parah.

3. Jangan cuba mengubah pasangan – Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, pasangan anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Sudah pasti terdapat perbezaan antara anda berdua. Anda harus faham, bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.


4. Fokus pada masalah – Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.


5. Gunakan panggilan manja – ....jangan sampai panggilan 'ayang' menjadi 'kau..'..hussss. Panggilan kasar akan menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali...

 
6. Gunakan perkataan yang baik-baik – Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"


7. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur – Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.

 
8. Jangan bergaduh di depan anak – Jika ini berlaku, anda hanya akan membuatkan anak keliru (dan marah juga sebenarnya). Anak2 juga akan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda  menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda juga..(terutamanya laki...)

 
9. Say NO to penderaan  – Sekalipun anda lelaki dan lebih kuat, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Risau nanti dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain....paling tak best, apabila jadi kes polis. Mana nak letak muka?


10. Say NO to third party – Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan...terutamanya apabila ada suami org gatal 'meluahkan' perasaannya pada pompuan lain. Tak Payah la...Mula2 memang siok, tapi lama2 keadaan akan menjadi haru biru.

Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda...Aku cadangkan Mahkamah Syariah je..utk sesi kaunseling..hehehehe..


11. Mengalah tidak bererti kalah – Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.


12. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai – Org laki jangan buat macam neh. Tindakan ini sebenarnya akan menyebabkan isteri anda dalam keadaan keliru. Dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak2 akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Org pompuan yg hilang kewarasan
akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan...Kalau anda masih ada hati perut & syg anak2 anda, baik jangan lari dari rumah...Bahaya!

Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.



13. Luahkan – Selain menjadi pendengar kpd isteri anda, anda juga perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga isteri anda  selesai bercakap....selepas tu turn anda pula. Anda mesti beritahu keadaan sebenar supaya dia dapat memahami keadaan anda.  Gentlemen la sikit...(Jangan masa mengurat dulu je gentlemen)


14. Pelukan dan kemaafan – detik inilah paling best dalam pergaduhan. Pujuk, peluk dan ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda menjadi lebih erat dan mantap...gitu.  Percayalah, org pompuan neh hatinya lembut...



Rasulullah saw bersabda, maksudnya , "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga." (Riwayat Anas Bin Malik)





Sumber : RumahTangga-suami-isteri.blogspot.com






Admin : Entri ini juga buat renungan diriku yg kerdil...

2 ulasan:

  1. salam tuan rumah

    entri yang bermanafaat ni, persediaan sebelum kahwin :) terima kasih....

    BalasPadam
  2. baik utk mrk yg tlh bkwin gak...
    tqvm krn singgah:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...