Gambar : Salam Ramadan Dari Somalia

Ramadan tahun ini hampir ke penghujungnya. Hampir setiap hari kita mendengar ustaz/ustazah/guru berpesan supaya berbuka secara bersederhana di bulan ramadan ini. Puasa untuk menundukkan nafsu. Puasa untuk muhasabah diri bahawa terdapat saudara seagama kita di tempat lain menderita kelaparan, menderita kehausan sepanjang hari.

Di kesempatan ini aku ingin menyampaikan salam ramadan dari saudara seagama kita di Somalia yang diuji dengan krisis politik, krisis makanan dan kepanasan melampau:





Dapat minum air sudah cukup nikmat bagi mereka
Gambar kredit Syazwani


Dalam kekurangan, dia masih mampu sujud kpd ALLAH
Mampukah kita?

Mereka berpuasa 24 jam sehari

Mereka beratur panjang untuk dapatkan sesuap nasi.
Kita beratur panjang untuk beli tiket bola, tiket konsert dsbnya?
Gambar kredit Tranungkite

Kanak2 tidak berdosa ini mengharapkan bantuan kita semua
Gambar kredit HasrulHassan

Kanak2 ramai menjadi mangsa krn kekurangan zat makanan
Dilaporkan setiap 6 minit seorg kanak2 Somalia akan mati akibat kebuluran


Pelarian Somalia, Mohamed Ibrahim bersiap untuk
mengebumikan jenazah anaknya yang berusia setahun
yang mati akibat kebuluran.
Gambar kredit Adiwanang



Ujian kita?

Lapangkan dada. Tenangkan fikiran. Isytifar banyak2. Tingkatkan amal terutamanya di bulan ramadan yg mulia ini. Marilah kita sama2 menghulurkan sumbangan mengikut kemampuan masing2 untuk saudara seagama kita yg sedang menderita di Somalia ini. Ringankanlah beban mereka. (InsyaALLAH di kemudian hari ALLAH akan ringankan beban kita).

Sumbangan boleh disalurkan melalui Islamic Relief Malaysia (IRM):



"Jagalah dirimu dari api neraka meskipun dgn sedekah
separuh dari sebiji kurma. Jika tiada, cukuplah dgn kata2 yg baik"




Ulasan

  1. nape lah pemimpin mrk neh tak b'henti nak b'gaduh...? tak kesiankan rakyat lsg..

    paling kesian kanak2..mnangis tgk..huhuhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Direktori Amal Jariah