Video : Kes Langgar Lari dan Kes Pandang Lari Kanak-kanak di China

Aku sebenarnya 'tak sanggup' nak share cerita berkenaan kanak2 dan haiwan kat blog neh, sebab kebanyakkan cerita adalah cerita sedih dan menyayat hati...byk cerita yg aku baca dan video yg aku tengok menyebabkan aku marah dan trauma beberapa minggu.

Dua hari lalu ada cerita berkenaan bayi cukup sifat dikelar oleh ibunya sendiri di media2 tempatan. Memang meruntun hati. Tak sanggup hendak tengok gambar yg dilampirkan. Memang marah pada si ibu berkenaan krn bersikap tidak waras...tapi dia cuma seorang remaja berusia 16 tahun yg mati akal kerana takut ditinggalkan kekasih. (Al Fatihah buat bayi tersebut. Akhirat nanti kau tuntut 'dendam' pada ibu dan bapa kau yg tidak bertanggungjawab itu okay..)

Paling meruntun hati kes langgar lari (campur kes pandang lari) seorang kanak2 perempuan berusia dua tahun di China.





Kejam! Sangat kejam! Baik pihak yg melanggar dan juga orang ramai yg lalu lalang. Memang kejam dan tiada hati perut. Video ini dirakam kamera litar tertutup  pada 13 Oktober lalu dan disiarkan oleh stesen televisyen tempatan. Kejadian ini berlaku di sebuah jalan raya di bandar Foshan di Wilayah Guandong China.

Kejadian ini mengundang kemarahan orang ramai di seluruh dunia kerana ia mengambarkan kekejaman masyarakat di kawasan tersebut. Seorang wanita dipercayai penyapu sampah telah mengalihkan kanak2 itu ke tepi jalan sebelum ibu kanak2 tersebut seorang pekerja asing di wilayah berkenaan datang mendapatkan anaknya.

Akhbar China Daily melaporkan, kini kanak2 tersebut dirawat di sebuah hospital dan disahkan 'mati otak'. Agensi berita Xinhua melaporkan dua 'binatang' pemandu yg melanggar kanak2 tersebut kini telah ditangkap polis.






Admin : China - kalau kanak2 mereka pandang tidak bermata, apatah lagi binatang seperti kucing (bukan semua ya). Hissss...dunia skg memang huru hara.


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Direktori Amal Jariah