Selasa, 17 April 2012

Adik Ferdaus Perlukan RM37,000 Lagi



Logo Adik Wan Arif Ferdaus


Sebenarnya sudah lama aku nak share cerita berkenaan adik Wan Arif Ferdaus Wan Ahmad Affendy  8 tahun (adik Ferdaus) ini. Namun lantaran kesibukan di tempat kerja membuatkan aku terlupa dan bertangguh. Maafkan akak ya adik. Harap masih berkesempatan untuk membantu dengan berkongsi dan menyebarkan cerita ini.

Adik Ferdaus menghidap kanser di kaki kiri tahap empat memerlukan pembedahan dengan segera bagi membolehkan dia meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Adik Ferdaus telah menjalani  tiga rawatan­ kimoterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Semalam (Isnin) adik Ferdaus telah menjalani rawatan kimoterapi kali keempat sebelum menjalani pembedahan.

Setakat 14 April, jumlah bantuan terkumpul meningkat kepada RM43,000. Keluarganya memerlukan RM80,000 untuk menampung kos pembedahan dan pemindahan tulang titaniumnya.

Masyarakat Malaysia yg prihatin hulur2kanlah bantuan kepada keluarga ini bagi meringankan beban kewangan mereka :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...