Mas Enzati Diuji Lagi



Selepas berkongsi sedikit kisah adik Husna ini di FB sebentar tadi....aku meminta izin ibunya,  Puan Mas Enzati  (melalui sms) untuk berkongsi kisah adik Husna ini di alam maya. Mas Enzati terus menghubungiku melalui satu panggilan telefon. Mengizinkan...( + sedikit luahan kesedihan hati seorang ibu)
 
Mudah2an perkongsian kisah ini dapat disebarkan secara meluas...
 
 

 
Aku bukanlah pandai sangat menulis..tetapi akan ku cuba menulis seringkas mungkin.
 
Adik Husna menghidap hydrocephalus (seperti arwah abang sulungnya yang telah meninggal dunia pada September 2011, Al Fatihah...).  Adik Husna memerlukan beberapa sesi rawatan dan pembedahan segera. Selagi nyawa dikandung badan selagi itulah Mas Enzati akan terus memberikan yg terbaik untuk anaknya Husna. Cerita adik Husna ini telah disiarkan di beberapa majalah dan surat khabar tetapi bantuan kewangan amat sedikit. Cerita derita adik Husna seolah-olah terpinggir. Ibu muda ini begitu sedih. Bantuan kewangan amat diperlukan. Ayah adikHusna hanya bekerja sebagai pembantu kedai dgn pendapatan sekitar RM800 sebulan. Mas Enzati pula tidak bekerja kerana menjaga adik Husna sepenuh masa.
 

Gambar : Kisah adik Husna disiarkan di
Majalah Seri Dewi dan Keluarga Oktober 2012
 
 
Tolonglah Adik Husna ini.
Tolong doakan kesembuhannya.
Tolong berikan harapan.
Tolong berikan sumbangan
 
 
Puan Mas Enzati boleh dihubungi di 014-7366051
 
Sumbangan kewangan boleh disalurkan ke
akaun Maybank Puan Mas Enzati
162777069714
 
 
Sesiapa yg ingin membuat lawatan atau sumbangan terbuka
boleh singgah di teratak Puan Mas Enzati sekeluarga di :
No 10, Rumah PPRT
Kampung Bukit Lanchong
Jalan Ikan Puyu
40400 Shah Alam
 
 
 

Ulasan

  1. Salam Admin... Puan Mas Enzati tidak mempunyai laman FB ke? kalau ada nak add. sedih dgn penderitaanya, harap2 ada, semoga lebih ramai lagi
    dpt membantu.

    BalasPadam
  2. Xda...pn mas enzati ini org susah....dia xcelik it katanya....dia b'terima ksh sgt a/bila sy share sume ini d inet. Hrp ramai yg share n beri sumbangn..insyaallah.

    BalasPadam
  3. apa kata kalau ada yang rapat dengan puan mas ini bantu untuk buat FB page dan dari situ mungkin akan dapat lebih banyak bantuan kerana FB page amat berkesan berbanding majalah dan surat khabar...

    BalasPadam
  4. puteri setuju dengan unknown..apa kata admin blog ni membantu untuk membuat FB page untuk beliau

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya nak sangat...tetapi saya tak penah jumpa puan mas...hanya bercakap d hp shj.
      inshaAllah akan diusahakan.

      Padam
    2. Pages husna sdg diusahakan. http://www.facebook.com/SayangiHusna
      sila like & share ya Puteri Kasih:)

      Padam
    3. salam
      ada tak pn mas ni dpt apa2 bantuan? boleh tak kalau kita mintak pihak mhi tv3 buat liputan pasal husna?

      Padam
    4. ada bantuan JKM setakat ini. kisah husna telah mendapat liputan MHI...tetapi kurang publisiti. Husna masih perlukan bantuan berterusan krn rawatannya berterusan.

      Padam
  5. Apa shj bantuan ikhlas amat dialu2kan:-)

    BalasPadam
  6. ina.hafiz.9@facebook.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Direktori Amal Jariah