Aku dan Si Comel : Part 2

 
 
Assalamualaikum wbt...


Pada petang 24hb Januari = MaulidurRasul...
Budak kecik 3 ekor ini selamat dan sihat bersama keluarga baru in shaa Allah:)
Memang sedih melepaskan mereka tetapi itu yg terbaik untuk mereka...in shaa Allah.
Mereka akan sentiasa dirindui...

 
 
Seperti yg aku janjikan pada tuan kucing ini...
Ibu kucing dan anak kandungnya aku kembalikan pada tuannya.
Menitis juga air mataku. Sedih krn terpaksa berpisah...
Aku melihat anaknya membesar di depan mataku....
daripada belum buka mata sampai kini berumur hampir 3 bulan.
Apa boleh buat...tugas si ibu sebagai ibu tumpang telah selesai.
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TETAPI
Tengah hari keesokannya (25hb Januari) tuan kucing melalui anaknya...
 meninggalkan si ibu kucing dan anak kucing ini di depan rumahku.
Anak tuan kucing kata...
"biarkan saja kucing ini di sini kerana emak tidak mahu kucing ini
berak merata- rata di dalam rumah"
Pulakkk!
 
Namun......'Bos' kata "NO MORE STRAY CAT"
 
 
Kini si ibu dan anaknya menjadi homeless.
Mereka tinggal di ruang legar dan tangga di tingkat apartmenku.
Si ibu begitu setia menemani anaknya...
Ia tidak lagi jalan-jalan cari makan.
Ia hanya makan makanan yg aku sediakan..."Royal Canin"
 
 
 
 
Sekali2 si kitten hansem ini aku benarkan masuk ke rumah
bermain-main dan.....menonton TV:)
 
Kepada pencinta2 kucing di luar sana..
Si ibu dan si bujang kecik ini bersedia untuk dibawa pulang:)
 
Sila mesej GLORIA ABDULLAH:)
 
 



 

Ulasan

  1. Assalammualaikum..Allahu..comel sangat la..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...kini ibu & anak selamat & sihat bsama keluarga baru in shaa Allah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Direktori Amal Jariah