Gambar : Kisah Aku dan Si Comel


Assalamualaikum wbt...


Si Comel adik beradik ini mengunjungiku pada 27 Disember 2012. Klik Sini...




Pada 18 Jan 2013 mereka diserahkan pada keluarga angkat...I miss them so much:)



 
Pada 17hb Januari 2013, seorang rakan facebook membawa 5 ekor adik beradik yatim ini kepadaku. Mereka baru kematian ibu 4 hari sebelum itu. Mereka nampak comot dan sangat kurus.
 
Disebabkan ibu tumpang kurang menyusukan mereka aku mengiklankan anak2 kecik ini di KTAJ, PetFinder dan HERO. Sambutan agak luar biasa...tetapi aku mencari ibu tumpang yg baru beberapa hari melahirkan anak. Bagi aku anak kucing seelok-eloknya dijaga oleh ibu kucing.
 
 
Al Fatihah...sebelum subuh 19hb Januari si kecik hitam ini menghembuskan nafasnya yg terakhir. Sangat2 sedih...tetapi Allah lebih menyayanginya. In shaa Allah ia bersama ibunya di syurga Allah.
Anak ini mungkin mengalami hidrasi. Si ibu tumpang 'hilang' sejak jam 8.00pm dan ditemui semula olehku (yg tiba2 terbangun krn tidak sedap hati) di tingkat 12 pada jam 430am keesokannya....terperangkap.



Ibu tumpang@ ibu angkat ini sebenarnya amat menyayangi anak angkat ini. Ia menjilat-jilat arwah dari hujung kaki ke hujung rambut...(sambil diperhatikan anak kandungnya yg berusia sebulan lebih). Dia buka balutan surat khabar yg membaluti tubuh arwah dan mengangkatnya masuk semula ke dalam kotak bersama adik beradiknya yg lain. Aku senyap2 mengambil arwah dan mengebumikan ia berdekatan dgn surau selepas azan subuh.



Selepas kematian si kecik hitam...si ibu agak susah berenggang dgn anak2 kecik ini. Hidup perlu diteruskan...

 
Si kecik yg asalnya 5 kini tinggal 3 ekor. Seekor mati. Seekor yg paling kecik berwarna putih diserahkan kepada keluarga angkat yg berpengalaman pada malam 18hb Januari supaya ia terus hidup in shaa Allah. Mudah-mudahan ia disayangi dan membesar dalam keadaan sihat.
 
Kini aku serba salah utk memisahkan si ibu dgn anak2 angkat yg mula disayanginya...
 
In shaa Allah isnin ini si kecik 3 ekor ini akan diserahkan kepada ibu tumpang baru, yg baru saja melahirkan  4 ekor anak pada hari selesa baru2 ini.
 
.....dan encik hubby aku  pula asyik mengingatkan aku di apartmen ini tidak boleh memelihara binatang peliharaan.
 
Betul2 serba salah......
Aku menjadi serba salah...
 
Aku sendiri telah jatuh sayang pada mereka.
 
Namun apa boleh buat....krn sayang terpaksalah aku melepaskan mereka...termasuk si ibu ini dan anak kandungnya :'(...Mudah2an mereka berada bersama insan yg menyayangi mereka & mereka semua sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat. Ameen.


Ulasan

  1. kita melepaskan dan menyerahkan kepada orang lain bukan bermakna membenci..tapi kerana terlalu sayang..sayang tidak bermakna memiliki sebaliknya memberi peluang dan ruang untuk mereka hidup lebih sempurna..

    BalasPadam
  2. Sedey nak berpisah..
    Sedey ssgt.....:'(

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Direktori Amal Jariah