Isnin, 26 Ogos 2013

Penduduk Palestin Menderita



Seluruh dunia kini tertumpu kepada Mesir dan Syria. Tahukah anda bahawa keadaan di  GENTING GAZA Palestin  semakin teruk dari sehari ke sehari?
 
 
Penduduk Palestin menderita
Sekumpulan penduduk Palestin yg terkandas di sempadan Rafah

 
Kebanyakan penduduk Gaza menderita selepas kerajaan sementara Mesir menutup sempadan Rafah pada 19 Ogos lalu.

Seorang pemandu teksi, Khaled Jaradeh berkata, wilayah tersebut kini mengalami krisis kekurangan bahan api.

"Kami tidak pernah mengalami masalah ini walaupun ketika pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak," jelasnya yang dipetik laporan PressTV

Difahamkan, sejak rampasan kuasa pada 3 Julai lalu, hanya mereka yang mempunyai pasport antarabangsa dan pelajar perubatan dibenarkan masuk atau keluar menerusi sempadan Rafah.

Pada masa ini, ribuan penduduk termasuk pesakit dilaporkan terkandas sejak lebih sebulan lalu.

Timbalan Menteri Luar Hamas, Ghazi Hamed memberitahu angka penduduk Palestin yang menggunakan laluan itu juga telah menurun secara mendadak daripada 1,200 kepada 50 orang sehari.

Ramai pekerja yang terkandas di Gaza kini terpaksa menanggung risiko hilang pekerjaan kerana sempadan Rafah adalah laluan tunggal ke dunia luar.

Penutupan sempadan Rafah juga didakwa telah memberi kesan besar kepada 1.7 juta penduduk di Gaza dan tindakan itu dikatakan adalah lebih buruk daripada sekatan haram yang dikenakan Israel.

Sementara itu, Hamas terus menggesa kerajaan sementara Mesir untuk membuka semula sempadan Rafah bagi memudahkan penduduk Palestin menjalankan urusan harian mereka.
 
 
Sumber : Sinar Harian
 
 
 
 
 
Admin :
Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah buat para syuhada di Mesir dan Syria.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...