Tip Memilih Taska Terbaik


Baru-baru ini heboh di Facebook dan juga Youtube kisah kanak-kanak didera pengasuh di sebuah taska Taman Melati. (Klik SINI untuk lebih berita). 
Pendedahan seperti ini dalam sentapnya ada juga hikmahnya : supaya kita selaku ibu bapa/penjaga  lebih berhati-hati dalam memilih taska.(Diharapkan pengusaha/pengasuh taska tersebut mendapat hukuman yg setimpal. Paling penting kanak-kanak terbabit pulih fizikal dan mentalnya





Bukan semua taska adalah TAMAN ASUHAN, banyak taska yang menjadi NERAKA DUNIA bagi anak-anak. Oleh itu adalah penting untuk kita MEMILIH TASKA.
Bagaimana memilih Taska Terbaik?  
Sila buat kajian...kajian dan kajian
  1. Berjumpa sendiri dengan pengusaha taska dan penjaga.
  2. Meneliti program yang ditawarkan di taska tersebut.
  3. Melihat sendiri cara penjagaan yang diamalkan di taska tersebut.
  4. Menjalin hubungan baik dengan pemilik dan penjaga di taska.
  5. Bertanya dan mengambil testimoni dari mereka yang pernah menghantar anak ke taska tersebut.



TIP  Memilih Taska Terbaik


  1. Pastikan taska tersebut adalah yang berdaftar dengan JKM - jumpa pengusaha taska dan minta dia tunjukkan sijil & dokumen berkenaan.
  2. Perhatikan konsep keselamatan di taska terbabit. Contohnya susunatur perabot yang selamat untuk bayi dan kanak-kanak. Pagar sentiasa berkunci. Ada tangga kecemasan untuk rumah 2 tingkat.– masuk sendiri untuk tengok keadaan dalam taska. (Perhatian : Hanya rumah banglo dan lot tepi sahaja yg dibenarkan untuk menubuhkan taska)
  3. Pilih taska yang mementingkan nilai-nilai moral dan Islamik dalam program, pengajaran dan pembelajaran mereka. Amat penting untuk kita bertanya dan tahu pengisian untuk anak-anak mengikut peringkat umur...termasuk bayi.
  4. Perhatikan pakaian, akhlak dan tatacara pengasuh di taska tersebut. Pastikan mereka berakhlak baik dan berpakaian sopan.
  5. Pilih taska yang ‘membantu’ kita memberikan yang terbaik untuk anak, misalnya pro-breastfeeding.
  6. Perhatikan kebersihan di persekitaran luar dan dalam taska. Anda berhak bertanya kekerapan aktiviti nyahkuman dilakukan di taska tersebut.
  7. Ketahui juga menu harian yg disediakan. Pastikan makanan yang disediakan adalah yang berkhasiat.
  8. Pastikan bilik kanak-kanak diasingkan mengikut umur.  Bayi mesti diasingkan dari kanak-kanak berusia dua tahun ke atas.
SIASAT jika anak anda menunjukkan perubahan  tingkah laku yg negatif  seperti bersedih/menangis bila ditinggalkan di taska. SIASAT jika anda menemui kesan-kesan 'negatif' di tubuh badan anak anda. Jika terbukti ianya kerana 'kelemahan' pihak taska terbabit, jangan teragak-agak untuk berhenti. Jangan tunggu. Duit boleh dicari. Anak anda adalah darah daging anda. Keselamatan dan kegembiraan mereka patut menjadi keutamaan. Oleh itu SANGAT PENTING untuk membuat kajian seawal mungkin sebelum menghantar anak ke taska.
Ingatlah taska adalah rumah kedua mereka, jadikanlah tempat tu betul2 sebagai TAMAN Asuhan bukan NERAKA DUNIA bagi si comel kita.

Terima kasih kerana membaca entri ini. Mudah-mudahan perkongsian ini bermanfaat bagi kita semua. InshaAllah. Amin.


Disunting dari blog MySuperKids dan blog Ummiasyiq

Ulasan

  1. alhamdulillah sue mendapat taska yang owner dan penjaganya baik serta dapat mengendalikan susu ibu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Direktori Amal Jariah