Kisah Perjalanan Hidup Arshad Imanshah



Arshad ketika berumur 5 hari...sangat comel

Arshad Imanshah bin Antashah dilahirkan sempurna sifatnya pada tanggal 23 Mac 2013 dan diharapkan agar menjadi anak yang soleh serta pemimpin keluarga apabila dewasa kelak. 


Arshad sebelum KASAI

Kegembiraan menyambut kelahiran Arshad ke dunia diuji dengan demam kuning yang berlanjutan. Arshad Imanshah disahkan menghadapi Biliary Atresia tahap 3 atau barah hati ketika usianya 2 setengah bulan. Arshad dinasihatkan oleh pakar perubatan PPUM untuk menjalani pembedahan bagi membuang hempedu tersumbat (KASAI) yang mengakibatkan Arshad mengalami komplikasi pada hati. Alhamdulilah pembedahan berjaya dan Arshad kembali ceria.


Namun, setelah 10 bulan selepas pembedahan Kasai, fizikal Arshad masih tetap kuning dan kesihatan hatinya semakin merosot. Arshad kerap dimasukkan ke hospital untuk tempoh yang lama kerana mudah terkena jangkitan kuman pada hatinya. Arshad mendapat rawatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya dan pakar mencadangkan untuk menjalani pembedahan pemindahan hati di Singapura bagi membolehkan Arshad untuk meneruskan kehidupan.





Namun sedemikian, kos pembedahan pemindahan hati Arshad dan rawatan susulan memakan belanja yang amat mahal. Berikut adalah rumusan anggaran kos:


Pemeriksaan sebelum pemindahan hati: 15-20k Sing dolar
Pemindahan hati: 200k Sing dolar
Rawatan susulan sebulan: 2k Sing dolar


Dengan rasa rendah hati, semoga anda dapat membantu sebanyak mungkin agar Arshad Imanshah dapat menjalani pembedahan pemindahan hati dan diberi kekuatan untuk berjuang dalam meneruskan hidup. Secebis hati merintih untuk diselamatkan. 





TOLONG HULURKAN SUMBANGAN, RINGANKAN BEBAN...

No. Akaun Maybank: 5628 4350 6388 
Nama Pemilik Akaun: Antashah Mohd Nor (Bapa Arshad Imanshah)

....atau 
sekurang-kurangnya tadahkanlah doa untuk kesembuhan Arshad Imanshah. 
InshaALLAH.





Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Direktori Amal Jariah