Catatan

Kisah Benar Baraa'a Yang Mengkagumkan...

Imej
p/s selepas membaca kisah ini aku berasa begitu kerdil.

Salam Aidiladha Buat Semua :)

Imej

Updated : Gambar dan Berita Terkini Kes Langgar Lari Kanak2 di China

Imej
Nama kanak2 perempun yg menjadi mangsa kes langgar lari di China pada 13 Oktober lalu ialah Yue Tue (Little Joy). Yue Yue menerima rawatan di unit rawatan rapi Hospital Ketenteraan Guangzhou. Yue Yue mengalami 'mati otak' akibat kecederaan teruk dalam kemalangan tersebut. Dia hanya boleh bernafas mengunakan alat bantuan pernafasan. Keadaannya dilaporkan stabil pada mulanya dan kadang kala memberi tindak balas dengan mengerak-gerakkan lengannya.

Video : Kes Langgar Lari dan Kes Pandang Lari Kanak-kanak di China

Imej
Aku sebenarnya 'tak sanggup' nak share  cerita berkenaan kanak2 dan haiwan kat blog neh, sebab kebanyakkan cerita adalah cerita sedih dan menyayat hati...byk cerita yg aku baca dan video yg aku tengok menyebabkan aku marah dan trauma beberapa minggu. Dua hari lalu ada cerita berkenaan bayi cukup sifat dikelar oleh ibunya sendiri di media2 tempatan. Memang meruntun hati. Tak sanggup hendak tengok gambar yg dilampirkan. Memang marah pada si ibu berkenaan krn bersikap tidak waras...tapi dia cuma seorang remaja berusia 16 tahun yg mati akal kerana takut ditinggalkan kekasih. (Al Fatihah buat bayi tersebut. Akhirat nanti kau tuntut 'dendam' pada ibu dan bapa kau yg tidak bertanggungjawab itu okay..) Paling meruntun hati kes langgar lari (campur kes pandang lari) seorang kanak2 perempuan berusia dua tahun di China.

Video : Jeritan Anak Palestin Di Pagi Raya

Imej
Buat renungan mereka yg selalu berasa aman... "Umat Islam adalah ibarat satu tubuh. Jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasakan sakitnya dan tidak boleh tidur malam." Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, yang bersabda maksudnya : " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan  dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat..." Sumbangan boleh disalurkan melalui organisasi2 berikut: AMAN PALESTIN AQSA Syarif Berhad Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin :)

Gambar : Salam Ramadan Dari Somalia

Imej
Ramadan tahun ini hampir ke penghujungnya. Hampir setiap hari kita mendengar ustaz/ustazah/guru berpesan supaya berbuka secara bersederhana di bulan ramadan ini. Puasa untuk menundukkan nafsu. Puasa untuk muhasabah diri bahawa terdapat saudara seagama kita di tempat lain menderita kelaparan, menderita kehausan sepanjang hari. Di kesempatan ini aku ingin menyampaikan salam ramadan dari saudara seagama kita di Somalia yang diuji dengan krisis politik, krisis makanan dan kepanasan melampau:

Tip Memikat Hati Suami

Imej
  Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan sedikit petua berhadapan dengan suami...