Bismillah dan Assalamualaikum wbt semua... Alhamdulillah, mudahnya beramal jariah hari ini. Segalanya hanya di hujung jari. Untunglah mereka yang melanggan perkhidmatan perbankan atas talian (e-banking) seperti maybank2u, cimbclick, irakyat dan yang sewaktu dengannya. Jimat masa. Jimat tenaga. Jimat petrol. Jimat tol dan macam- macam jimat lagi. Apa yang perlu dibuat, hanya tekan papan kekunci saja. Mudahkan... InshaAllah pautan direktori ini boleh membantu kita meningkatkan amal jariah. RM5, RM10 dan RM50 walaupun nampak sedikit; amat tinggi nilainya kepada mereka yang memerlukan. Jika tiada e-banking, boleh saja menggunakan perkhidmatan kuanter atau mesin deposit tunai. Jom menyumbang... Ketik gambar di bawah untuk direktori rumah anak-anak yatim yang boleh sama-sama kita bantu. Atau ketik SENARAI RUMAH ANAK YATIM Mudah-mudahan usaha kita ini dipermudahkan dan diberkati Allah swt. Amin.
Bismillah.... (Merujuk kepada saman pemohonan injuksi 4 orang melayu menghalang Tuan Guru Hj Hadi (TGHH) mendapatkan private bill membentang rang undang-undang hudud di parlimen) Apa yang orang awam perlu faham berkenaan usaha jihad TGHH dan rakan-rakan?
Bismillah... Sudah sekian lama saya tidak menulis di sini lantaran kesibukan dengan kerja-kerja harian. Pengisian kali ini amat ringkas, tetapi harapannya mudah-mudahan bermanfaat. Gambar hiasan Saya ingin mengajak anda semua melawat anak-anak syurga yang dalam pemerhatian saya. Ujian yang mereka tanggung amat meruntun hati. Masih kecil tetapi telah diuji dengan ujian yang amat berat. Sangat menghibakan hati. Sangat menyentuh perasaan. Marilah berkenalan dengan ibu mereka. Ibu-ibu yang tabah. Coretan hati mereka selalu mengundang air mata. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. SubhanaAllah... Kenalilah mereka....
Ulasan
Catat Ulasan