BAYI KOMA DIBALING BAPA KANDUNG



Buka Facebook (FB) awal pagi semalam aku dikejutkan oleh Berita Harian Online berkenaan berita seorang  bayi sembilan bulan koma kerana dibaling bapanya. Ya ALLAH! Giler ke apa bapak budak ni? Jika tak gila, dia takkan sampai hati buat begitu.

Entah apalah kesalahan bayi sekecil itu. Apa yang bayi sekecil itu boleh lakukan untuk mempertahankan dirinya. Tidak dapat buat apa-apa, melainkan menjerit dan menangis. 

Sedihnya mengenangkan nasib bayi itu. Amat meruntun hati seorang ibu sepertiku. Sebagai seorang hamba ALLAH yang penuh kelemahan aku nak mengomel di sini...



Bayi kerap menangis koma dibaling bapa.
Bayi sedang koma di wad ICU Hospital Melaka
Bapa ni jika tak gila ke meroyan? Apakah jadah dia baling anak dia sendiri? Aku tidak tahu apa masalah bapa tu. Apa yang dilaporkan Berita Harian Online, bapa itu tidak tahan, tidak sabar, kurang iman (yang ini aku tambah sendiri) apabila bayinya menangis tak henti-henti. Bapa yang sihat, diadakan ambil, dukung dan dodoikan bayi tu; tetapi bapa yang ini dibalingnya bayi itu ke atas katil hingga menyebabkan bayi itu tak sedarkan diri. (Mode sedih ya amat)

Kenapalah tak terfikir, entah bayi tu laparke? Kembung perutke? Bayi menangis mesti ada sebab. Tak adalah sesuka hati nak nangis. Di mana ibu bayi itu atau ahli keluarga yang lain tidak pula diberitahu.

Lebih berita di BERITA HARIAN

Sama-samalah kita mengikuti perkembangan kes ini. Apa cerita di sebaliknya hanya ALLAH yang tahu. Biarlah ALLAH menentukan nasib bayi itu. ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik.

Aduhai apa nak jadi dengan bapa-bapa hari ini? Macam-macam cerita pasal bapa. Rogol anak, bunuh anak, liwat anak, dera anak; baru-baru ini sembilah anak sendiri. Allahu. Nauzubillahiminzaliq.
Mentang-mentanglah dorang tak rasa sakit mengandung sembilan bulan sepuluh hari, tak rasa sakit bersalin. kalaulah mereka merasa?


Memang masih ramai lelaki baik di luar sana. Mereka yang masuk kategori lelaki tidak berapa nak jadi ni mungkin jenis yang lupa TUHANnya sebab itu mereka kurang sabar, tidak tahu bersyukur dengan nikmat zuriat yang ALLAH kurniakan.


Ketahuilah, anak adalah anugerah terindah buat pasangan yang telah sah bernikah. Ramai pasangan yang sudah lama bernikah tapi masih belum dikurniakan anak. kau yang dapat dapat anak, sesuka  hati campak anak macam anak tu bola.
Sedihnyalah.


Gambar hiasan


Berikut adalah statistik dari Jabatan Kebajikan Sosial menunjukkan peningkatan dalam kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan di Malaysia sehingga 2008 (buat renungan dan tindakan kita semua):
  • 2009 (sehingga November sahaja) : 1,900 kes dilaporkan
  • 2008: 2,780 laporan penderaan kanak-kanak
  • 2007: 2,279 laporan penderaan kanak-kanak
  • 2006: 1,999 laporan penderaan kanak-kanak
Berdasarkan angka-angka yang dilaporkan pada tahun 2008, pengabaian merupakan bentuk penderaan kanak-kanak yang paling lazim di Malaysia. Pecahan tiga bentuk penderaan utama adalah seperti berikut:
  • 952 mangasa kanak-kanak mengalami pengabaian, bererti penjaga gagal memenuhi keperluan asas kanak-kanak.
  • 863 mangsa kanak-kanak didera secara fizikal.
  • 733 mangsa kanak-kanak didera secara seksual, 72% adalah kes sumbang muhrim (Banyak tu. Menakutkan)
  • 58 mangsa kanak-kanak adalah bayi yang dibuang.


Ini kes yang dilaporkan. Bagaimana dengan kes tersembunyi (yang tidak dilaporkan). Sebagai warga yang prihatin, sama-samalah kita buka mata, pasang telinga dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. MESTI JAGA TEPI KAIN ORANG zaman sekarang sekarang ni.  Jadilah jiran yang penyibuk bertempat.

Hubungi
Talian NUR : 15999




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Direktori Amal Jariah