ARJUN Aku Rindu Padamu

Rindunya aku pada Arjun. Entah di mana dia melepak. Sudah dua malam dia tidak kutemui. Rindunya aku pada dia.

Aku juga turut diserang rasa bersalah. Kalau aku setuju dia tidur di dalam rumah sewaku ini, semua ini tentu tidak akan berlaku. Dia tentu tidak akan melepak di rumah orang lain.


Arjun adalah kucing peliharaanku yang pertama. Setelah dia selalu menghilangkan diri setiap kali selepas dinner, aku rasa aku bukan tuan yg sesuai untuknya.

Arjun adalah anak kucing jantan yg yatim piatu. Aku nampak dia berkeliaran di sebuah kedai makan di taman perumahan aku ini. Tuan punya kedai mencadangkan aku membawa dia balik. Aku tidak terus membawa dia balik. Beberapa hari aku masih terbayang2kan anak kucing itu. Seperti ada tarikan magnet untuk aku datang semula ke kedai itu. Kesian dia masih kecil. Mungkin baru sebulan. Merayau2 sendirian.

Pada petang hari selesa bersamaan 28hb Dis 2010, dia sah menjadi ahli keluargaku yg baru. Petang hari itu juga aku mandikan dia dengan air suam. Dia memang menolak, tapi aku paksa. Selepas mandi, dia terus menghadap hair dryer.

Tapi hingga jam ini...dia masih menghilang....


Arjun pada hari pertama di rumah sewaku



Bukan aku tidak mahu membawa dia tidur atau masuk ke dalam rumah, tetapi aku memikirkan suamiku. Dia alah kepada habuk termasuk bulu kucing. Aku jadi serba salah sebenarnya. Dalam kes ini aku kena utamakan suamiku tentunya dan juga babyku yg baru berumur 5 bulan. Sayu juga hatiku mendengar dia memberi salam bertalu2 di luar, selepas salam tidak berjawab dia terus ke rumah jiran sebelah (jika mereka ada di rumah)...mungkin merajuk, mungkin apa...Rumahku cuma jadi tempat persinggahannya untuk bersantap.

Selesai bersantap di luar rumah biasanya Arjun akan mengekori masuk ke dalam rumah. Selalunya aku biarkan sahaja. Dia cuma dibenarkan menikmati ruang dapur dan ruang tamu. Tidak boleh lama2...Jika aku hendak solat, hendak mandi, hendak menguruskan anak2 atau tika suami ada di rumah...hendak tak hendak aku perlu meletakkannya dalam kotak di luar rumah. Tetapi dia masih tetap mengekoriku hingga ke pintu untuk masuk ke dalam rumah bersama...tetapi tak boleh...aku menjadi sayu lagi.


Lagi tidak boleh masuk langsung ke dalam rumah selepas aku mendapati dia menyimpan kutu. Kesiannya Arjun. Aku berhasrat membasmi kutunya itu secepat mungkin. Mandikan dia. Barulah dia boleh lepak sekejap2 di dalam rumah.


Tetapi belum sempat aku hendak membasmi kutunya itu, dia telah membawa diri ke rumah jiran sebelah lagi. Petang semalam jiran aku tu seperti balik kampung...so aku berharap sangat Arjun akan balik ke rumah...tetapi hampa. Aku tidak melihat kelibatnya di luar rumah jiran itu. Mereka bawa balik kampung ke? Atau dia tertinggal di dalam rumah? Harap2 tidak.


Lewat malam tadi, aku ternampak rumah jiran sebelah telah terang menerang. Tak sabar aku hendak bertanya pasal Arjun pd mereka. Tak sabar menunggu pagi tiba...


Bila difikir2 semula...aku redha jika sesiapa hendak mengambil Arjun menjadi kucing angkat. Paling penting Arjun sihat, selamat dan gembira. Hanya Arjun saja yg tahu di mana dia rasa lebih gembira.


Satu saja yg aku harapkan, moga aku dipertemukan semula dengannya....


Aku hendak mandikan dia kerana dia kotor sangat & basmi kutu di badan dia...Kesihatannya paling utama.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Direktori Amal Jariah