Khamis, 24 Mac 2011

Mama ...Kenapa Dia Mati?..huhuhu

Aku balik awal dari sekolah petang semalam. Selesai je sekolah...terus balik rumah. Kurang sihat...rasa tidak sedap badan krn selsema + batuk.

Dalam perjalanan dah berangan-angan sampai je di rumah...solat, makan ubat + tidoooo...zzzz

Tetapi sampai saja di rumah lain pula jadinya....

Terkejutnya aku apabila melihat seekor anak kucing dalam kotak MATI (kini bukan lagi dalam kotak...krn mama dia suka sgt memindah2kan mrk) ....


WaaaWaaaaa! Sedihnya perasaan...


Gambar : Inilah gambar si comel yg mati tu...huhuhu



Kenapa boleh mati...Nak tanya kat mama kucing, manalah dia reti nak jawab. Kalau dia menjawab pun, manalah aku reti bahasa dia...Waaaa! Sedihnya...Semalam nampak ok je...Awal pagi tadi nampak macam semua tidur lena di atas abu kayu tu...huhuhu...

Hendak marah mama kucing pun, tak bole gak...


Ilmu forensikku mengatakan..:
1. Dia mati krn mengalami kecederaan di mulut...mungkin tersangkut kat dawai besi di tempat pendiangan itu
2. Mungkin juga mati tertindah krn ruang itu begitu sempit....(dah cakap dah pada mama kucing, jgn letak anak2 kat situ, tapi dia letak juga)


Sedihnya....sedih sesangat...tak sangka begitu singkatnya hidupnya. Baru sekejap melihat dunia. Belum puas merasai belaian kasih sayang mama...


Selesai solat, aku terus tanam bangkai anak kucing itu di belakang rumah...berehatlah dgn aman comel.....Allah lebih menyayangimu. 


Mana lagi 3 ekor?...Mudah2an mrk sihat dan selamat


Merata2 jugalah aku mencari...


Si Hitam ( bukan nama rasmi...) aku jumpa dalam stor...mengiau2...mana lagi 2 ekor?


Aku terjumpa 2 ekor lagi di bawah kerusi panjang...bermain2 dgn langsir..nampak sihat + riang


Nampaknya Si Hitam telah diasingkan, diabaikan...dan dikurantinkan. Badannya kurus, hendak berjalan pun macam tak larat, matanya juga bertahi (kalau hendak dibandingkan, dia yg terkurus, Si Mati itu lebih berisi )...Memang sah dia sakit + kelaparan...


Aku terus memecut ke Klinik Veterinar Kuantan petang itu jugak!



Gambar : Klinik Veterinar Kuantan


Penolong Pegawai di situ mengatakan Si Hitam kurang sihat krn kurang menyusu (mungkin sebab diabaikan oleh mamanya)...Kasihan dia..sampai hati mamanya..Aku menitiskan air mata mengenangkan nasib malang Si Hitam ini...sedih  sekali lagi...


Adakah dia diabaikan krn dia satu2nya berbulu hitam? (tak serupa dgn mamanya)

Tak sangka dalam dunia haiwan ini pun ada penderaan anak2..huhuhu..


Nampaknya aku makin sibuk selepas ini krn perlu memberi perhatian + menumpahkan kasih sayang pd Si Hitam ini....Tak apa Hitam, selagi ada kudrat, akan aku jaga ko hingga ke hujung nyawa ko, insyaALLAH....


Si Hitam diberi minum air garam (utk menambah tenaga), serta dibekalkan dgn antibiotik dan multivitamin. Terima kasih kpd semua pekerja Klinik Veterinar Kuantan atas layanan 1st class...



Kini Semua Tinggal Kenangan

video

Video : Di saat2 bahagia...






2 ulasan:

  1. sori..gmdr si hitam xdpt diambik ats sebab kesihatannya..

    BalasPadam
  2. Baiknya Kak Nurul, semoga Allah membalas jasa baik & kasih sayang Kak Nurul dengan sebaik-baiknya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...