Rabu, 18 Mei 2011

Budak 11 Tahun Dipotong Cuping Telinga


HENTIKAN PENDERAAN


Gambar kredit BIma101


Cuba ingat kembali...
Keperitan anda mengandung 9 bulan 10 hari
......& kesakitan anda melahirkan mereka.
Bukan sedikit darah & peluh tumpah.
Tataplah wajah darah daging anda dgn penuh kasih sayang
Jika pun dia bukan darah daging anda,
mereka masih kanak-kanak belum mengerti apa-apa..
Mereka juga berhak bernafas di bumi ALLAH ini.

Mereka adalah anugerah ALLAH yg tidak ternilai.


Tolong jangan perlakukan mereka begini....


Gambar kredit BIma101



Jangan sampai jadi seperti ini...
Pasti MENYESAL seumur hidup..

Gambar kredit HasrulHassan



Gambar kredit dakcutes



[xxx.jpg]
Gambar kredit SAM



Kembali kpd tajuk entri hari ini.....:P

Kita baru dikejutkan dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki berusia 9 bulan dalam beg. Kematian didakwa berpunca dari kecederaan di kepala. Kes itu kini sepi dari laporan media. Begitu juga kes bayi koma dibaling bapa dahulu. Aku hendak sangat tahu apa kesudahan kes ini.

Hari ini aku dikejutkan dengan berita penemuan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Tampin dengan kesan cedera di cuping telinga seperti digunting serta melecur di perut dan belakang badan, dipercayai didera ibu bapanya. Astaqfirrullahalazhim....


Perbuatan itu dipercayai dilakukan sejak beberapa tahun lalu, menyebabkan mangsa melarikan diri dan bersembunyi di sebuah rumah kosong berhampiran taman perumahannya. Kasihannya..entah apa jadi dengan makan pakainya. Entah sihat ke sakit. Secara peribadi aku sokong kanak2 ini melarikan diri dari rumah. Mungkin lebih baik dia berada di tempat lain daripada dia terus kesakitan didera. Entah apa lagi anggota badan yg akan hilang.

Alhamdulillah kehadirannya di rumah kosong itu disedari jirannya yang kemudian melaporkan perkara itu kepada polis.


Kanak2 ini kini diserahkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.


Apa cerita di sebaliknya, hanya ALLAH sahaja yg tahu. Moga anak ini mendapat pembelaan dan kasih sayang.


Aku ingin menyeru kpd anda semua (juga kpd diri sendiri) TOLONG buka mata, buka telinga dgn apa yg berlaku di sekeliling kita. InsyaALLAH keprihatinan kita akan menyelamatkan lebih banyak nyawa (baik manusia mahupun binatang).







Admin :
Kepada Ibu bapa yg pernah mengabaikan anak, apabila telah tua nanti jangan sesekali menyalahkan anak2 jika diabaikan...krn anak2 juga ada perasaan; perasaan  kecewa, sedih dan mungkin juga marah atas perkara buruk yg pernah ditimpakan ke atas mereka.

Ketahuilah kanak2 jauh lebih mulia daripada kita yg dewesa krn mereka tidak berdosa walau apa sekalipun kesilapan yg pernah mereka buat.

2 ulasan:

  1. sedih nye tgk gambar2 nih..mostly bayi n kanak2 kecil yg belum tau ape2..moga2 ibu bapanye diberi petunjuk..

    BalasPadam
  2. mudah2an, insyaALLAH.
    mrk kini mjadi kanak2 syurga:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...