Selasa, 26 Julai 2011

Takaful Berbanding Insurans: Mana Satu Pilihan Anda?


 
 


8 Perbezaan Takaful dengan Insurans Konvensional
yang anda mesti tahu....


Takaful
Insurans Konvensional
Kontrak Tabbaru’ ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Kontrak Mu’awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans (syarikat insurans) dengan pihak yang diinsurankan

Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.

Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insurans

Pengendali Takaful (syarikat takaful) bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.

Penanggung insurans bertanggung jawab membayar manfaat insurans seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insurans dan kumpulan wang pemegang saham)

Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.

Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang insurans, penanggung insurans akan mengenakan
pinjaman dgn faedah (policy loan) serta merta kpd pencarum yg gagal menjelaskan caruman untuk sesuatu tempoh.

Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.

Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah (asalkan yg boleh mendatangkan keuntungan)

Wang peserta tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali

Wang pelanggan dianggap wang syarikat insurans dan dimiliki oleh syarikat insurans sejurus dibayar oleh pencarum.

Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang peserta tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntungan adalah milik tabung kumpulan wang peserta.

Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insurans kovensional (iaitu memaksimumkan keuntungan)

Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada peserta.

Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari surplus. Kelayakan itu bergantung kpd keputusan syarikat insurans.




So, mana satu pilihan anda?

Ingat selagi nafas dikandung badan, selagi itu kita ada pilihan dan boleh membuat pilihan.





Rujukan : Lt M. Mus
               Ustaz Zaharuddin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...