Selasa, 3 Julai 2012

Keluarga Angkat Diperlukan. Ada Sesiapa Berjiwa Penyayang?


Inilah dia bakal ''anak-anak'' yg hendak diangkat..

Sungguh comel kan....



Jenis anak angkat :
Anak kucing
Jantina :
Jantan dan betina
Usia :
Kira-kira 2 minggu
Warna :
Seperti dalam gambar
Vaksin/Spay :
Belum
Keadaan kesihatan :
Alhamdulillah,
sehingga kini semuanya masih sihat walafiat
Lokasi :
Shah Alam, Selangor.
Fee :
Percuma


Disebabkan semua si comel ini masih menyusu, mereka mesti diangkat sekali dgn ibu mereka. Ibu mereka sangat menyayangi mereka. Setiap hari ia akan keluar masuk ikut tingkap melawat dan menyusukan anak2nya. Satu tingkap rumah di ruang tamu, aku biarkan terbuka untuk memudahkan ia keluar masuk. Terutamanya tika kami keluar bekerja. Ibu kucing ini sangat bersopan dan beradab. Dia tidak pernah kencing/ berak di dalam rumah. Dia juga tidak pernah menyelerakkan sampah di dapur atau barang-barang di dalam rumah. Alhamdulillah.

Memandangkan kami sekeluarga akan berpindah ke tingkat 4 hujung minggu ini insyaAllah, aku tidak sampai hati membiarkan si ibu memanjat sampai ke tingkap 4 setiap hari untuk melawat, menyusu dan membelai anak-anaknya. Risau tentang keselamatannya. Tidak sampai hati juga membiarkan anak-anaknya di luar pintu pada siang hari kami bekerja. Pertama, risau keselamatan mereka. Kedua, adab berjiran di apartmen...faham2 sahajalah.

So please.... anak-anak kucing ini dan ibu mereka perlu disayangi, diberi tempat tinggal dan makan minum yg sihat dan mencukupi.


Sesiapa yg berminat boleh menghubungi aku melalui email dalilah1409@yahoo.com.my




1 ulasan:

  1. Mrk sume dh lama bsama kelurga angkat. In shaa Allah dh besar & sht wfiat.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...