Tolong Aku Tolong Kawan Ini



Ada seorang rakan sekerjaku yg sedang sarat mengandung. Meja pejabatnya sudah dua hari tidak berpenghuni. Dia mengambil cuti kerana suaminya sedang sakit dan sekarang berada di hospital.
Kasihan dia…
Bukan itu sahaja yg menyebabkan dia keletihan dan murung…tapi masalahnya adalah lebih daripada itu. Kemurungannya itu menyebabkan dia terpaksa ‘bercakap’ dengan doktor psikitrik (betulkah ejaan aku ni;))

Dia sebenarnya tidak mahu bercerita pada sesiapa berkenaan masalahnya…tapi setelah aku pujuk, dia luahkan juga lara di hatinya.
Lara dihatinya bermula semenjak dia mengahwini suaminya oktober tahun lepas (2011). Suaminya seorang duda beranak satu (perempuan berumur 7 tahun kalau tidak silap aku).  Dia ‘mangsa’ matchmaker. Mungkin didorong oleh umur yang agak lewat (30 tahun) dia menerima jodoh tersebut tanpa berkenalan lebih lanjut.

Setelah berkahwin baru dia mendapat tahu suaminya ada masalah bipolar disorder.

Sikap  suaminya yang tidak menentu menimbulkan tekanan mendalam pada dirinya.  Untuk mengelakkan pergaduhan dan kecederaan dia menurut sahaja apa yang dikatakan suaminya.

Baru-baru ini sikap suaminya terlalu gembira dan mula melakukan hobi yang pelik iaitu mengumpul kucing. Kucing dari seekor menjadi 12 ekor dalam masa seminggu. Kucing-kucing itu dikutip dari tepi jalan,  di pasar dan kedai makan. Duit  gaji suaminya  habis dibelanjakan untuk keperluan makanan dan kesihatan kucing2. Tak cukup duit suami, suaminya minta duit gaji dia (parah weiii). ‘Minat’ suaminya yang terlalu ekstrem ini menyebabkan suaminya masuk wad untuk pemantauan doktor.
Kucing-kucing jalanan itu pula ada yang suka kencing dan berak merata-rata dalam rumah. Kasihan, kawan ini juga yang kena cuci. Dahlah sarat…Allahu..
Dalam keadaan sarat mengandung begitu dia juga terpaksa menolong suaminya mengangkat pokok dan ranting dari tingkat satu ke tingkat empat (dia tinggal rumah flat yang tiada lif). Ranting dan pokok itu suami dia angkut untuk membuat sangkar dan tempat mainan kucing.
Baby? Bagaimana dengan keperluan baby? Satu pun belum disediakan. Ini menimbulkan sejuta bebanan apabila hanya dia yang memikirkan tentang baby. Sedangkan usia kandungan telah menghampiri 35 minggu.

Impian perkahwinan yang bahagia, suamilah kekasih, teman dan sahabat terbang melayang seperti ditiup angin. Impian keluarga bahagia terasa musnah, punah. Perasaan cinta pada suami yang baru berputik pada awal perkahwinan turut hilang bersama hilangnya peranan seorang suami yang normal.

Dalam keadaan sedang sarat, kawan ini gagahkan diri untuk naik ke Jabatan Agama Islam untuk menuntut cerai…
Tetapi biasalah jawapan standard akan diberikan “bersabarlah…”
Sabar?
Paling teruk; dia pernah cuba membunuh diri dengan mengambil ubat (entah apa nama) yang berlebihan. Alhamdulillah dia dan baby masih selamat.

Kawan ini juga pernah meminta pada suaminya untuk membenarkan dia berpantang  di rumah emak kandungnya (di Terengganu kalau tidak silap aku), tetapi suaminya tidak membenarkan. Emaknya pula tidak boleh mengambil cuti untuk terbang ke Selangor.

Aku cuba menolong kawan ini dengan membekalkan pin drive al quran untuk dia dengar semasa memandu dan di rumah. Mudah-mudahan akan memberikan aura positif kepadanya.
Aku juga cuba memujuknya menerima seorang bidan yang berpengalaman untuk menjaganya ketika dalam pantang, tetapi dia menolak dengan alasan “emak saya sendiri pun tak bole handle suami saya, apatah lagi kalau org lain…”

Entahlah..

Aku tidak berada dalam situasinya. Nauzubillahiminzaliq.

Apa yang aku boleh buat, menjadi pendengar….
..dan juga penasihat supaya dia kuatkan diri untuk dia dan babynya….
..dan paling penting ingat ALLAH banyak2…
..solat, berdoa, baca Al Quran dan merintih kepada ALLAH untuk membina kekuatan dalam diri….
..dan berusaha membuat dia percaya tanpa seorang suami, dia mampu membesarkan anak ini seorang diri (bukan aku memintanya bercerai. Tidak. Tetapi dia seperti tiada suami kerana suaminya 'tidak berfungsi')

Aku menasihatinya supaya jangan sesekali memendam perasaan. Dia mesti  bercakap dengan seseorang. 

Aku mengalakkan dia untuk  terus memujuk emaknya supaya mengambil cuti (hatta cuti tanpa gaji sekalipun macam emak aku) untuk menjaganya ketika berpantang. Demi dia (anak kandung emaknya) dan bakal cucunya. Jangan rasa seperti menyusahkan emak (kalau bukan emak sendiri yang tolong, siapa lagi kan). Lagipun keadaan kawan ini memang perlukan seseorang untuk menyokong bebanan emosinya.

Kelian..
Apa patut aku buat lagi untuk menolong kawan ini???



Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum;

      Muslimah, ini komen saya.

      Cadangan saya, pertama, minta kawan Muslimah tu berbincang dengan doktor psikiatri yang merawat suaminya agar mengeluarkan surat berkenaan kedudukan kesihatan mental suaminya atau memberi salinan laporan perubatan suaminya untuk dibawa ke pejabat agama untuk perhatian pegawai terbabit.

      Kedua, minta pakar psikiatri yang merawat kawan Muslimah tu sediakan surat atau laporan perubatan mengenai tekanan perasaan yang dihadapi ekoran penyakit suaminya sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada pegawai di pejabat agama.

      Ketiga, ambil borang tuntutan cerai. Jika suami tidak mahu menceraikan dia, dia berhak mohon fasakh di mahkamah syariah. Perkara ini untuk masa depan dirinya anak yang dikandungnya itu.

      Saya pernah menulis sedikit isu ini dalam entry saya yang bertajuk Al-Kuliyyah TV3: Baik Sangka berkenaan dalam keadaan bagaimana isteri berhak menuntut cerai.

      Sila rujuk juga entry yang bertajuk Isteri Boleh Minta Cerai koleksi himpunan fatwa tulisan Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin. http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=46

      Padam
    2. selepas bersalin dan berpantang; kawan ini menghadapi kemurungan. dia pernah mendapatkan nasihat peguam, tapi tak jadi. entah apa nasihat peguam pd dia. dia juga ada follow up dgn dr psikitrik krn kemurungan. pernah tdk datang ke sekolah berbulan-bulan krn tension. lastly hujung tahun lepas dia dapat pindah sekolah dekat ngan rumah. masih lagi bersama suaminya.
      apa yg boleh sy nasihatkan...supaya dia belajar menerima kelemahan suaminya jika dia mengambil keputusan utk kekal bersama suaminya. perkahwinan bkn fairy tale.

      Padam
  2. Kawan ini kini dh b'salin. Ank lelaki. Alhamdulillah. Kini b'pantang d umah emaknya d terengganu;)

    BalasPadam
  3. salam semua tumpang lalu ye..iklan
    http://www.loginwang.com/?a=deqzam

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Direktori Amal Jariah